ombak kasih bagai badai menggila membawa tsunami dalam hati ini..
biar acheh musnah..jgn lah tsunami ini reda..aku mahu hanyut dalam cintanya~
ada aku takut dengan kau???? aku kesah ke???!!!






Wednesday, September 8, 2010

khas utk mademoiselle lya

buat tatapan sahabatku lya. semoga lya berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta. buat diri cak di sini alhamdulillah sihat. anak-anak pun dah tak sabar-sabar nak menyambut hari lebaran. oh ya, sebelum lupa cak sampaikan salam baby untuk lya sekeluarga.
tujuan cak menulis surat ini sebenarnya adalah untuk meminta maaf kerana terpaksa membatalkan kunjungan cak dan famili ke rumah lya pada hari lebaran kedua ini. tahun ni banyak perkara terjadi dan banyak juga perubahan rancangan yang bukan cak sengajakan. 
pada awalnya adik cak yang bongsu merancang melangsungkan majlis pertunangan pada minggu kedua hari raya. tetapi baru semalam cak diberitahu majlis diawalkan pada hari raya kedua. jadi boleh tak boleh cak bolehkan juga bercuti pada hari raya ini. diharap lya sekeluarga dapat menerima salam maaf dari cak. 
cak akan kembali bertugas pada hari raya ke empat, insya Allah. jadi cak minta lya akan menerima kunjungan cak pada minggu kedua hari raya ataupun dalam masa yang akan kita tetapkan kemudian nanti.hingga kita bertemu lagi dalam utusan berikutnya. harap dapat dipanjangkan salam maaf ini kepada keluarga lya juga.
salam maaf cak hulurkan, tanda persahabatan berkekalan.

selamat hari raya aidilfitri.
Maaf Zahir Batin

yang benar,
Ghost^Kacak & Family

1 comment:

  1. gile ke? di ulangi giler ke?? haa haa haa hahahahhahaha

    ReplyDelete