ombak kasih bagai badai menggila membawa tsunami dalam hati ini..
biar acheh musnah..jgn lah tsunami ini reda..aku mahu hanyut dalam cintanya~
ada aku takut dengan kau???? aku kesah ke???!!!






Thursday, September 2, 2010

Aku~ part 3

seronok hidup di kampung. lebih-lebih lagi kalau di Rancangan FELDA macam kampung aku ni. Rumah jiran dekat aje. boleh buat mesyuarat tingkap tak kira la kaum ibu-ibu ke, bapak-bapak ke atau kanak-kanak macam aku.


sepanjang lorong rumah aku, setiap rumah jiran yang lain ada anak sekitar umurku. betul-betul sebelah rumah ada Mini atau nama sebenar dia Khomeini. sebelah rumah Mini adalah rumah yang paling aku menyampah sebab ayah kawan aku ni kedekut la sangat. paling aku tak suka kalau dia nak upah petik buah koko dan keringkan isinya. bila dah siap kerja dia cuma bagi gula-gula, itupun dah kira cukup baik.kalau tidak air kosong aje la yang kami dapat. apalah salahnya bagi 20 sen pun, dapat juga kami kongsi minum ais kepal di kedai Acik Mariah. Nama kawan aku yang bapak dia kedekut ni Edah.Mini dan Edah 3 tahun lebih tua dari aku.


sebelah rumah Edah pulak tinggal kawan aku nama Satibi. aku panggil mak dia Mak Muk. org tua tu hidup lagi tapi mak aku pun dah lama tak nampak batang hidung Mak Muk. sejak Mak Muk mengubat orang dengan menurun dulu, dia sakit dan kemudian langsung tak mahu bergaul dengan sesiapa. Satibi ni memang budak lelaki yang ganas la. nama pun Satibi kan?


Rumah Edy anak Cik Teh terletak sebelah rumah Satibi. Edy dan Satibi sebaya. 6 tahun beza umur depa dengan aku. Edy ni pelik sikit. nanti aku cerita. sebelah rumah Edy, rumah Ina anak Makcik Salasiah. Basikal tua mak ina la yang aku pinjam nak belajar, tak sedar diri kaki tak sampai. bukan setakat nak jejak tanah tak cukup panjang, nak kayuh pedal pun tersenget ke kiri ke kanan bontot aku kat palang. tapi biasalah, aku mana nak tau mengalah.




aku cepat-cepat menyarung t.shirt lusuh ke badan. seluar pendek yang dua kali lebih besar dari saizku kujerut ke pinggang. aku mahu cepat, sebelum emak balik dari rumah Mak Long bermesyuarat. masih boleh kudengar suara emak yang sedang berbual dengan Mak Long di tepi rumah. mungkin sambil petik pucuk ubi yang banyak melata di tepi rumah, emak sengaja beramah mesra dengan Mak Long yang selalu juga emak kutuk. 


aku tak boleh lambat, perlu segera berlari keluar kerana jika emak terlihat memang aku tak boleh keluar sama sekali. padahal sudah ada kawan-kawan yang menunggu. Mini menunggu untuk bermain panjat pokok manakala Edy pula entahlah apa aktiviti yang dirancang. Edy ketua kumpulan, aku ahli paling muda jadi kene  ikutkan saja.


Edy dan Mini seteru.Oleh kerana aku yang paling muda dan paling mereka sayang, aku diberi kebebasan untuk memilih kumpulan mana untuk bermain. aku tak akan dipulaukan kalau berpaling tadah. kalau ikutkan hati aku suka bermain dengan Mini. tetapi oleh kerana pengaruh Edy lebih besar, jadi aku selalu mengkhianati Mini. jadi Mini akan bermain dengan Edah yang juga langsung tidak sukakan Edy.


Hari ini pun sama, aku mahu pergi ke rumah Cik Teh walaupun aku langsung tak suka orang tua tu. perempuan itu selalu sahaja menyalahkan orang lain selain dari Edy. kadang-kadang aku rasa sebal juga mahu bermain di rumah besar itu, tetapi Edy sangat kreatif membuat aku teruja untuk bermain bersama. 


hari ini aktiviti dalam kumpulan Mini sangat membosankan. kami hanya akan memanjat pokok rambutan yang belum lagi musim buah hanya untuk suka-suka. boleh lah berjuntai kaki kalau mahu. jadi aku rasa tak sabar untuk pergi ke kumpulan Edy, mana tahu hari ni ada  main masak-masak. boleh juga makan-makan.


siap semuanya, aku cabut lari ikut pintu belakang. susup sasap aku di celah-celah semak dan pokok-pokok koko yang banyak di belakang rumah semua orang. aku tak mahu Mini ternampak kelibatku, begitu juga Edah. sampai di belakang rumah Edy aku menarik nafas lega. aku melangkah dengan gembira sambil tangan tinggi ke udara.


semua sudah berkumpul. ahli-ahli yang lain seperi Adi dan Kak Ina yang jarang join pun ada. Adi dan kak Ina adalah adik beradik. Adi sebaya denganku tetapi budak lelaki ini anak manja. sikit-sikit lari balik rumah mengadu. jadi aku sangat kurang dengan Adi. dan aku juga tak suka Adi ada, sebab sudah selalu dia buat aku bengang dengan menangis-nangis macam kene dera.Kak Ina pula aku gelarkan Kak Ina Depan manakala Kak Ina anak Makcik Salasiah pula Kak Ina Belakang. disebabkan ada 2 orang yg bernama Kak Ina, jadi untuk membezakan mereka berdua ialah rumah siapa paling dekat dengan kedai jadi Kak Ina Depan, yang satu lagi terpaksa la jadi Kak Ina Belakang.


"eija..ko sini," Edy menggapai tangan meminta aku dekat.


lembut betul suara Edy. Tangannya yang tergapai-gapai di udara itu pun melambai dengan lemah gemalai. belum lagi tengok lenggok Edy berjalan.


aku mendekat, akhirnya berdiri di sebelah Edy. Edy memanggil Adi pula. Adi juga mendekat.


"ok..hari ni kita main kawin-kawin..Adi jadi pengantin lelaki, eija jadi pengantin perempuan..aku jadi Mak Andam..korang semua jadi tetamu makan-makan je ye. lepas tu kita main doktor-doktor...eija jadi pesakit aku jadi doktot," terang Edy panjang.


aku menyesal. rasa macam nak lari ke pokok rambutan di tepi rumah Mini saja rasanya.


teruklah kalau jadi pengantin!
lagi teruk kalau jadi pesakit!
jadi pengantin habisla muka ni putih melepak macam tepung gomak nanti!
jadi pesakit pulak dah tentu jadi perempuan nak beranak..siap kene buat bunyi sakit-sakit lagi. bunyi teran-meneran dan tentulah sekali aku terpaksa mengangkang macam orang nak beranak. perut plak kembung dengan belon atau selimut. aku tak nak! aku tak nak!


tapi kehendak Edy tiada siapa berani membantah.sendiri yang datang sendiri kene tanggung. aku kesal mengkhianati Mini. seronoknya kalau dapat bergayut di dahan rambutan sambil mata mencari-cari burung kelicap di celah-celah ranting.


akhirnya, aku terpaksa memakai gincu, kepala penuh dengan daun-daun bunga yang konon-kononnya perhiasan perkahwinan. paling menjadi mimpi ngeri, aku terpaksa mengerang kesakitan konon-kononnya ada baby yang aku kene beranakkan. Ya Allah!


semua Edy punya idea, semua Edy punya pasal. atau lebih tepat lagi Edy dah mejadi Eda sekarang..Edah yang bapaknya kedekut tu tetap bernama Edah. Cuma Edy saja menjadi Eda. Cik Teh yang dulunya bangga sangat dengan anak jantannya itu sekarang ini hanya menunduk bila nama Edy@Eda disebut.


itulah, dulu mulut bising kata aku macam jantan. sekarang anak jantan dia yang macam betina. apa nak kata?

No comments:

Post a Comment