lynn,
masa ni aku kat Muar..kat sekolah yang orang panggil 'sekolah tepi kubur'..memang pun..scary je kan bersekolah kat ngan kubur..antara 2 padang bola kat sekolah, ada tanah perkuburan islam..kalau korang ke Muar mesti nampak sekolah aku ni..Sek Men Sains Muar, Tg Agas..menghala ke bandar Muar tu ada la sekolah ni belah kiri jalan..
siapa lynn?
1st aku mendaftar kat sekolah tu, aku masuk Dorm Sarjana 6..masa tu gaduh ngan mak yang asek membebel je..aku mmg tak suka kene bebel..dah la masa briefing kat hall td cikgu besar kata budak2 pure sc kene ambik prinsip akaun..wahhhh!!! bengangnya rasa sbb aku x suka akaun..kat convent dulu xyah ambik pun..ok je ambik 9 subjects..kat sekolah ni plak kene cukupkan 10 subjects sbb budak2 teknikal kena ambik 10..mana la aku tak bengang kan?? mak pulak dok la bebel ntah apa2..
masuk je dorm tu aku tambah bengang..satu dorm ade 18 org..almari lak almari besi yang kalau diukur size badan aku ni lagi besar dr almari tu..tambah la aku bengang..
then masa tgh kemas2 baju masuk dlm si besi tu..ada 1 tudung ni (aku dah kalih banyak kali) tetap juga ada atas katil aku..tambah2 dabel up la kebengangan aku ni..
"ni tudung sape ni?? mak sape punya?? kakak sape punya??? nenek sape punya??? dok sibuk letak atas katil aku ni nape??"
ha!!!! aku sound direct..bebudak lain tengok aku semacam je kan..dah la x berkenalan or beramah mesra lagi, aku dah sound tepek macam tu..siap aku kibar2kan lagi tudung tu..macam samseng gila!! (act bengang ngan mak..tudung tu jadi mangsa)
"saya punya," satu suara menyahut. kecik je aku pandang budak tu.macam separuh badan budak tu dah masuk dalam mulut aku. dah la budak tu memang kecik.
lepas tu aku buat bodoh je. budak tu pun dah pegang je tudung dia tu. tak da dah dia nak tumpang mana2 katil. aku kemas2 baju semua sambil2 bengang ngan mak yang masih lagi membebel. (aku x suka orang membebel!!) iskk..nape la mak ni x nak stop bebel..grrr~~
tetiba budak kecik yang aku sound tu berdehem kat pintu masuk. lagak macam askar wataniah wanita pun ada. serius je muka dia pandang keliling. aku jeling dengan ekor mata je. lantak dia la..lagipun aku tak takut.dia tu kecik je~
"ok..attention pls," budak tu bersuara. aku dah terkejut tapi maintain kacak lagi.
budak tu jeling kat aku. aikk?? aku pulak yang kene jeling sekarang..
"assalamualaikum semua..saya perkenalkan diri saya. nama saya Diana Norlin Mohamad Redzuan..saya senior kamu. kamu boleh panggil saya lynn, dorm saya sarjana dua yang juga merupakan 'dorm angkat' kepada dorm ni. jadi segala masalah kamu akan menjadi masalah saya," budak tu berkata tegas.
aku dah telan air liur dekat sepuluh kali. dalam hati aku mengeluh. ingatkan kat tempat baru ni aku tak nak la bikin havoc macam kat Klang dulu. sekarang hari pertama je aku dah buat hal dengan senior. mati lah aku kali ni. sekolah ni dah la poyo. rules macam apa je. dah macam sekolah tentera pun ada. matilah~matilah~ (ni semua sebab mak la ni..bebel je)
sebelum lynn keluar dia sempat juga datang kat aku dan dia cakap, macam berbisik pun ada. elok je betul2 kat telinga aku.
"tadi tu tudung akak."
haihhh!!! aku tau la. aku tau..tak yah ulang2 lagi.hurmm..muka aku memang berubah time tu. tak boleh nak kata apa dah.
selepas kejadian tudung tu, nama aku naik di kalangan senior. aku cuba buat muka baik dan suci pun tak boleh nak 'makan' senior balik. aku tetap juga dijeling ditenung kat mana2 je aku jalan. baik kat dewan makan atau kat kantin atau masa riadah (jalan2 tepi longkang tepi padang)
satu hari lynn panggil aku masuk dorm dia. kena dera la apa lagi. ada satu hari tu aku kena dera disuruh menyanyi masa kat perhimpunan..ya ampunn!!! aku yang bengong2 bab lagu ni pun ikutkan aje. memang tak ada idea lagu apa yang aku pandai nyanyi. tapi keluar la juga satu lagu ntah band apa punya lagu..lirik dia macam ni~
"jika telah tersurat, aku jadi milikmu..tiada siapa yang dapat..menghalang kenyataan itu. hanya serah dan berdoa moga tiada bencana mengiringi perjalanan kita..moga tersisih noda~ ku berjanji dengan sepenuh hatiku..kan menyayangimu..tidak sedikitpun~ akan ku sakiti hati dan hidupmu~"
ok2..banyak pulak la lirik yang keluar kan?? hahahaha!!!
so masa aku dipanggil masuk ke dorm sarjana 2 tu..aku disuruh menyanyi lagi lagu tu..hurmm..nyanyi aje la..ikut pengalaman masa kat klang dulu..segala arahan senior ni baik diikutkan..tak yah nak bengkeng2..nanti makin terseksa hidup dengan depa..
malam tu jugak lynn datang kat aku dan cakap dia suka aku..wahhh??? (korang terkejut x?) aku mmg la sanagt2 terkejut. dia kata dia nak jadikan aku adik angkat cepat2 sebab ada lagi 2-3 orang senior dah menyebut nak ambik aku jadi adik angkat depa. nama aku dah pemes rupanya. depa panggil aku 'retort' yang bermaksud 'menjawab dengan cepat'. agaknya kes tudung hari tu la kot. tahun 1998 nama aku adalah retort..(masuk lab je kena gelak sebab ada tool kat lab nama dia "kaki retort")
lepas jadi adik angkat..banyak spekulasi an kontroversi melanda. sebab aku lah satu-satunya budak junior yang makan kat meja senior, lepak dengan senior, masuk kelas senior dan apa2 saje dgn senior. sampailah satu hari lynn kata kat aku,
"lynn sayangkan ja lebih dr seorang adik. lynn anggap ja boyfriend lynn."
aku terpinga-pinga. memang la aku pun sayangkan kak lynn.tapi tak pernah pulak terfikir nak jadikan dia awek. masa kat convent dulu pun, sesiapa yang minat aku (budget pemes la kan) aku bagi ceramah agama kat depa semua. sape2 yang rebutkan aku, aku bagi warning letter kat depa..tapi dengan lynn aku lemah..
entahla ye..kenapa lemah sangat..walaupun tiap waktu tak tinggal solat..buat solat taubat tiap malam jumaat..solat hajat solat tahajjud pun kerap tapi dengan lynn aku jadi lemah. dia ajar aku kissing..dia ajar aku everything~
kadang2 aku nangis kat musolla..bila aku muhasabah diri aku balik. kenapa hati aku kat dia??kenapa??? kenapa aku jadi macam ni?? kenapa aku x boleh reject lynn macam aku reject bebudak kat convent dulu???aku bukan macam ni. aku hanya berperwatakan macam ni tapi aku bukan macam ni. aku betul2 confused siapa aku sebenarnya.
selama ni aku menolak sesiapa saja yang menghulur kasih. terlalu ramai kat convent tu. kalau ditanya bila zaman kegemilangan aku, dengan mudah aku jawab masa aku bersekolah di Convent dulu. 3 tahun yang sangat gemilang walaupun aku bukan artis. aku hanya budak kampung, budak hulu yang tak tahu apa2.
kenapa dengan lynn, aku sayang sangat2?? sebab dia sayang aku agaknya..mungkin juga kerana dia hanya pentingkan aku dalam hidup dia walaupun masa tu boleh kata cinta monyet lagi..
cinta monyet ke?? kalau abah dia sampai warning aku??macam bukan cinta monyet je. setahun aku dengan lynn hidup dalam dunia ciptaan sendiri. pergi b/fast (6.30am) sama2..prep kat kelas lynn (6.45-7.15) sama2..lunch (1.15-1.45) sama2..gi prep petang kat library (2.00-4.00pm) sama2..gi plak riadah walaupun setakat jalan2 tepi padang (5.15-6.00) sama2..kat musolla solat maghrib dan isya' sama2.prep malam (8.45-10.30) sama2..hidup aku hanya ada lynn..sampai la dia habi sekolah dan kemudian masuk U..
bila dia kat U..surat pulak datang selang sehari..sampai la surat2 dia ada manusia hati busuk yang buka..hurmm..sian kat aku kene pulau ngan kengkawan sepanjang tahun sebab masa aku ngan lynn dulu aku lupa kawan2..hakhakhak!!! padan la muka aku ni kan..
walau apapun yang melanda, kene warning ngan mak bapak lynn,walaupun dipanggil olrh cikgu besar, cikgu kaunselor, dipulau oleh kawan2, dijeling dicemuh dan macam2 'di' lagi aku dengan lynn tetap bersama. aku rela dengan perubahan diri aku kerana terlalu menyintai dia. aku pasrah siapa aku sebenarnya.
april 1999,
aku dan lynn divorced..puncanya? aku la yang jadi punca..bukan sebab pompuan lain k.. tapi sebab keinsafan dan kekeliruan melanda..aku cuba buat lynn faham tapi nampaknya dia macam tak faham..dia ingat aku ada gurl lain..dia macam lupa yang aku ni tak pandai langsung dalam hal usha mengusha pompuan ni..(aku tunggu pompuan yang usha aku..hakhak!)
ogos 1999,
aku dan lynn bersatu kembali. hehehe!!! aku dah terima hati dan jiwa aku memang untuk dia.dan salah faham tentang isu perempuan lain tu dah selesai.
april 2000,
aku kat matrikulasi time ni..lynn pulak masih lagi kat U. tapi dia selalu cerita tentang Arif. aku ni innocent mana la nak jeles2 ni. aku ingat depa kawan je. satu hari aku ke Batu Pahat sebab rindu sangat kat lynn.. malam sebelumnya lynn called..katanya rindu sangat kat aku..dia tanya bila aku nak datang jumpa dia..sebab tu la esoknya pagi2 lagi aku dah 'tuang class' dan dah terpacak kat pudu raya..ambik bas ke batu pahat..
sampai sana aku tengok lynn tgh solat. dia sambut aku x macam biasa. tak ada kehangatan.
"ja nak tgk album lynn tak?" soalan pertama yang dia ajukan pada aku. aku angguk kepala saja. walaupun dalam hati maha hebat rasa musykil sebab lynn tak suka bergambar. aku sendiri tak ada gambar dia. gambar berdua lagi la tak ada.
kemudia dia keluarkan beberapa buah album. aku belek2 dengan ekor mata. aku perasan satu gambar lelaki yang sangat rapat dengan dia. muka lelaki tu muncul di setiap helaian album. aku letak hujung jari ke wajah lelaki tersebut kemudian berpaling ke arah lynn. aku naikkan kening, isyarat bertanya siapa lelaki tersebut.
"dia la Arif, lelaki yang minat lynn tu."
aku terpempan. tapi masih mendiamkan diri.
petang itu, lynn keluar membonceng motosikal Arif. entah ke mana dia menghilang aku pun tak tahu. dah nak masuk maghrib baru nampak motosikal itu menghantar lynn aku balik. lynn aku lagi ke??
selama 2 tahun aku tak pernah meninggi suara pada lynn. selama itu juga tak pernah aku memarahi dia walau besar mana salah dia. tak pernah aku tunjukkan ekspresi lain selain dari rasa kasih dan cinta. tapi malam itu untuk pertama kali aku meninggikan suara tetapi lynn buat tak dengar. aku menangis. terfikir untuk apa dia kata dia rindukan aku hingga aku terus datang ke sini..apa yang dia cuba tunjukkan?
"lynn dah tak nak ja. lynn cakap lynn rindu sebab lynn nak ja datang sini dan tengok sendiri," lynn bersuara keras.
aku merayu tapi langsung tak diendahkan.
dalam sedih2 tu perut aku lapar juga. lynn dah tak nampak batang hidung aku kat rumah tu. dia sibuk melayan Arif berbual (sambil baring2) kat ruang tamu. kemudian mereka bergurau senda pula dalam bilik. walaupun aku masih boleh nampak batang tubuh mereka tetapi hati aku remuk.
aku masak. menu malam tu ayam masak lemak cili api dengan sayur goreng..siap memasak aku jemput lynn dan arif makan. aku hidangkan semua lauk pauk untuk menjamu mereka. aku senyum sambil menjemput mereka makan di meja makan. arif mengajak aku makan sekali dengan mereka.aku kata aku masih kenyang lagi. lynn??
oh..dia sibuk melayan arif. sendukkan nasi dan lauk, tuangkan air. aku???
hurmm..aku beralih ke dapur. ambil sebiji pinggan, duduk bersila dan makan sambil menyeka airmata yang mengalir.
No comments:
Post a Comment