ombak kasih bagai badai menggila membawa tsunami dalam hati ini..
biar acheh musnah..jgn lah tsunami ini reda..aku mahu hanyut dalam cintanya~
ada aku takut dengan kau???? aku kesah ke???!!!






Sunday, September 5, 2010

novel~asmara

dari form 1 la kalau x salah aku memang minat sangat tulis novel..(masa tu sek convent klang)..ada masa sikit je aku akan lepak kat bawah pokok ( xkira la atas rumput atau atas bangku) then aku akan start menulis (guna pensil hokeyyy) kat buku latihan yang masa tu harga dia baru 35sen sebuah..
ada banyak hasil kerja aku..siap aje ade je la pembaca setia yang nak baca..yang dowang ni plak buat macam rete sdr..passed over kat org2 lain..akhirnya sampai kat tangan aku dah lunyai jadi kertas balut belacan..tapi aku senyummmmm jerk!! (dalam hati tsunami dah mai)..ingat idea aku tu hape??? penat tulis tangan k!! macam nak tercabut urat2 jari aku ni..boleh plak dorg jadikan novel free utk bacaan umum..cis! lainla kalo belanja aku nasi lemak ke hape..ok la gak kan??
ada juga yang buat simpanan sdr..sudahnya xde 1 pun yang aku dapat simpan..tensen2!! ada 1 novel aku tajuk dia Di Penjara Janji (tulis tangan gak guna buku log yang kulit keras)..ingatkan guna kulit keras camtu leh la selamatkan hasil karya agung aku tu..tapi tak jugak..Apis bawak gi sek dia (boarding school) pastu habis lunyai juga sbb senior dia pun pakat baca free..
apis kata buku tu laris..hahahaha!!!
masuk matrikulasi aku stop menulis..writer's block..kepala hotak aku xleh berkarya lagi..xtau la nape..mgkin sebb stressed out ngan bidang science yang aku terpaksa belajar (SPM pun pure science)..masuk UM lagi la otak aku beku..masuk keje lagi la hampeh..sampai lah aku kenal dengan insan bernama asmara~
previous post aku dlm blog ni (tajuk:cinta sang puteri &skrip) semua separuh jalan..aku try n try n try tapi idea x kuar..dah bertahun dah semua tu..saje aku masukkan dlm blog ni..buat kenangan..so kepada sesiapa yang teringin nak baca kisah selanjutnya..aku tengah tulis untuk siapkan novel penuh dan hantar untuk publish..
semua atas dorongan insan bernama asmara..kerana dia juga lah aku boleh menulis balik..'cermin ajaib" aku nukilkan khas utk dia..sebagai melankolik hubungan aku dan dia (walaupun dia bukan boleh faham pun apa yang aku suratkan)..dan selepas itu aku terus menulis dan menulis walaupun sekadar coretan ringkas dalam blog ni..
idea untuk publish kan pun dari asmara..dia juga yang kontek publisher untuk dptkan aku peluang cuba nasib walaupun kat msia ni jadi penulis tak boleh kaya..tapi aku pernah tanam azam sebelum aku mati, aku nak hasil tulisan aku ada kat serata negara..(xkisah la laku ke x laku kan)..hahahaha!!!
asmara,
thanks atas dorongan asmara selama sebulan 3 hari kita bersama..
i hargai sangat..moga cinta kita mekar bersemi hingga ke liang lahad..
dan semoga kita tua bersama-sama..
menikmati apa yang kita usahakan hari ini~

1 comment: