ombak kasih bagai badai menggila membawa tsunami dalam hati ini..
biar acheh musnah..jgn lah tsunami ini reda..aku mahu hanyut dalam cintanya~
ada aku takut dengan kau???? aku kesah ke???!!!






Wednesday, September 1, 2010

aku~

Dah lama tak berbual dengan diri sendiri. Dah agak lama juga hidup dengan menidakkan siapa diri yang sebenar. Lama?hurmm..esok genap sebulan aku berdiri dengan rasa yang sangat berlainan, dengan perasaan yang berbeza yang entah dari mana munculnya.



Hari ini, hari yang ke 29 segalanya berubah dalam sekelip mata. Siapa yang hendak disalahkan? Siapa yang perlu memikul beban? Siapa yang boleh dipertanggungjawabkan? Kalau bukan diri sendiri yang perlu menanggung segalanya. Kerana diri sendiri yang merelakan perubahan berlaku. Kerana diri sendiri yang membuka luas jaringan perisai yang selama ini menyelamatkan jiwa dan hati.


Bukan mudah untuk bercerita tentang hati dan jiwa sendiri yang sepatutnya menjadi rahsia hingga nyawa keluar dari hujung ubun kepala. Bukan juga senang untuk membiarkan orang lain mengetahui apa yang terkandung jauh di lubuk hati yang terdalam.


AKU MASIH KAKU BERDIRI WALAU ALAM GEMPITA DENGAN TAWA DAN CINTA..DALAM KESEPIAN DAN DERITA RINDU YANG MENGALUN OMBAK KASIH...


No comments:

Post a Comment