ombak kasih bagai badai menggila membawa tsunami dalam hati ini..
biar acheh musnah..jgn lah tsunami ini reda..aku mahu hanyut dalam cintanya~
ada aku takut dengan kau???? aku kesah ke???!!!






Monday, September 6, 2010

dunia kita berbeza

jam di dinding ruang tamu kecil ini sudah menginjak melewati 3 pagi, namun mata ini masih juga belum mampu lelap. bagai ada desakan kuat untuk aku terus berjaga. ku jeling komputer riba yang masih panas dan terbiar. terasa seperti ada suara menyuruh aku berkarya.
tetapi apa yang ingin kutulis?jiwa terasa sunyi seperti sebuah bilik kosong. tiada alunan muzik rindu dan cinta. aku seperti hilang dalam tanda tanya sendiri.
aku menyepi, kaku dalam suasana hening dinihari. sesekali mata kutala ke arah anak-anak kucing yang sedang nyenyak tidur di hujung kaki. pulas tidur mereka. bermimpikah mereka? atau hanya sekadar tidur yang sepi dan kosong.
dunia kita berbeza.
ya, sememangnya dunia kita berbeza.
dan di celah-celah perbezaan dua dunia ini, aku dan mereka masih boleh hidup bersama. berkompromi dan saling cuba memahami walau mereka hanyalah kucing. hurmm..mestikah aku berkisah tentang kucing hari ini?
kalau lah bisa kutitipkan karya kecil ini kepada seseorang, mungkinkah dia akan mengerti? kalau lah boleh kulaungkan ke telinganya, mahukah dia memahami? andai mampu kutempelkan ke dalam hatinya maksud yang kumaksudkan, adakah dia akan mengangguk faham?
entah ya, aku sendiri kurang tahu. kerana dunia kami juga berbeza. aku dan dia cuba melangkah dalam arus yang sama sedangkan jalan sebelumnya berlainan sama sekali. jalan yang kulalui berkerikil dengan lopak-lopak masalah dan lubang-lubang kekurangan yang bila-bila masa saja aku boleh tersadung lalu jatuh dan terluka.
tapi kaki ini masih juga melangkah, kerana itulah kehidupanku. apa yang ada harus kutempuh, bukan berhenti dan mengharapkan ada yang akan datang untuk aku menumpang. tetapi, langkahku masih perlahan. aku takut, aku paranoid tetapi azamku masih tebal dan utuh. lalu aku mengambil jalan pintas meninggalkan jalan yang selama ini kuambil.
dia?
haruskah kutanya padanya?atau patutkah aku menilainya?
apapun keadaannya, jalan kami berbeza, dunia kami berbeza. sebahagian dari duniaku telah aku tinggalkan demi mencari keyakinan dan kebahagiaan. begitu juga dengannya, dunianya yang amat selesa sebelum ini telah dia tinggalkan sebahagiannya demi untuk seiring dengan langkahku.
adakah aku yang bersalah?
aku takut pada pandangan manusia. aku benci dinilai oleh manusia yang tidak kuberikan hak untuk membuat penilaian. siapa mereka untuk menghakimi aku? besar sangatkah mereka? bagus sangatkah mereka? tinggi mana martabat mereka berbanding aku? bukankah mereka juga manusia?
apa lagi?apa lagi yang tinggal untuk aku buktikan?
perlukah aku mati untuk membuktikan perasaan?
perlukah aku lari untuk menyelamatkan hati?
perlukah aku berkorban demi nama kasih dan sayang?
atau aku perlu minta dia yang berkorban?
atau mungkin dia yang akan terkorban?
ah...sememangnya perbezaan ini menyakitkan.
mulut manis berbicara, berjanji apa saja. sanggup menunggu setahun dua. tapi apa yang ada di depan mata? desakan demi desakan.tohmahan demi tohmahan. dayuskah aku membiarkan semua ini? atau aku perlu buat apa?
ini adalah sebuah pilihan. kita kiam berdiri sebelum melangkah mengambil simpang pilihan. mahu ke kanan atau ke kiri. mahu ke depan atau berpatah balik. kita berjudi dengan untung nasib. kita tabahkan hati untuk berhadapan dengan apa saja yang merintang jalan.
kenapa bila terpelecok sudah ingin menyerah? kenapa bila datang ribut sudah mahu mengalah?
dunia kita berbeza bukan?
aku anak kampung yang pernah busuk mengumpul getah beku, makan belacan. dia?hurmm..makan keju mungkin.
aku tidur mengharapkan embun membuatku lena.dia? penghawa dingin mungkin.
marahkah kalau aku katakan dunia kita memang berbeza?
tapi hati kita mahu bersatu. hati kita mahu saling memiliki. salahkah aku melayan hati? atau insan sepertiku harus dibiarkan hati menjadi beku atau jadi sekeras tualang?
kenapa tak dibiarkan saja? kenapa harus memilihku? kenapa membuat pilihan ke atasku?
kalau dia tak boleh menerima.
kenapa mengubah diri?
kenapa mengubah aku?
kenapa kita berubah?
mungkinkah kerana dunia kita berbeza?

1 comment:

  1. hum~~ post yg sangat2 tidak disukai oleh sayer~~ uhh~~ x besh!! x berbeza lgsg~ kalo ada pon..?? ada..?? adaa???

    ReplyDelete