aku pernah tanya baby dulu..selepas sebulan dia kenal aku, apa yang dia kenal tentang diri aku ni..soalan ni penting x kisah la jawapan dia nak condem aku ke..aku x expect pun yang dia akan puji aku..dia jawab
"baran..barann..barannnnn..ego..baran..ego..barannn..jujur ikhlas penyayang."
itu lah jawapan dia.
betul ke aku ni panas baran??
kalau tanya emak, mak akan jawab,
"ija ni ikut perangai bapak dia. simpan dalam hati banyak2..kadang2 tu benda yang dia ungkit tu dah lama jadi, kita pun tak ingat. tapi sekali mengamuk teruk..semua keluar."
itu kata mak.
kata kawan-kawan masa sekolah dulu pulak,
"oja ni garang..kalau dia x suka dia sound je. tapi dia bukanla jenis tak jaga hati orang. cuma kalau orang tu dah kurang ajar sgt, org tu susah nanti. dia ni kalau mengamuk macam kene rasuk."
haha! itu kawan-kawan masa zaman convent dulu. muda lagi..budak baru nak naik.
nak tau apa kata jiran2 kat kampung?
ha...ni apa depa cakap. masa ni tahun 1994/95. masa tu aku sekolah rendah lagi.
"ija ni mengamuk kat apis tu macam mak tiri. kesian si apis tu."
ni Mak Long jiran sebelah rumah yang cakap. emak sampaikan kat aku lepas mak cakap,
"kau mengamuk dgn apis tu kenapa? dia je adik yang ada. kalau nak mengamuk macam tu lebih baik bunuh je adik tu!"mak cakap sambil menangis.
hurmm..baran sangat ke aku? aku ikut perangai siapa?? perangai bapak ke?? sepanjang aku hidup dgn bapak, bapak tu pendiam..jarang nak berbual..kalau berbual pun isu perang atau palestine..atau isu saddam hussein evendo bapak org kampung..tapi dia suka cerita isu dunia..
jadi? aku ikut perangai siapa sebenarnya??ikut pangai setan gamaknya kot..haihhh!!!
tapi betul cakap mak..aku xkan marah sesuka hati..aku simpan dulu..bukan sengaja pun nak simpan..dalam baran aku yang teruk ni..aku ni sebenarnya lembut hati, mudah memaafkan org dan sgt penyayang..cuma jgn la melawan apa aku cakap..jangan kurang ajar dan jangan tunjuk betul sedangkan diri buat salah..
kalau dah salah mengaku aje..aku xkan marah..(jarang org yg jujur dgn aku kena marah) tapi kalau orang tu putar alam, memang sengaja cari nahas la kan..
aku xtau apa yang ada dalam badan ni..aku sgt susah hati..nak kata ada hantu baran, aku x nampak pun..hikhik!! cuma kalau aku marah sgt, aku dah lupa dah apa yang aku buat. kalau membunuh pun mungkin boleh jadi. bila marah menguasai diri, yang tggal kat aku kewarasan yang sgt tipis dan juga iman yang buat aku takut utk rodok perut orang dengan pisau...
dan mungkin juga aku bukan kaki minum..aku rasa kalau aku minum, dah lama kene tikam org yang selalu buat aku naik angin tu..dah lama aku dok penjara kajang..hikhik!! (ramai awek dlm tu)
kadang2 marah yang aku simpan tu perlu diredakan..cari lah cara macam mana nak surutkan rasa marah aku tu..kalau pun meletup xlah teruk sgt..jgn simbah lagi dengan api..marah aku sekejap, x ada sampai berhari2..tapi tolong lah..jangan jadikan diri aku ibarat binatang yang kalau mengamuk x kira siapa mati, asalkan hati puas..
aku xnak jadi macam tu..aku xnak org sakit kene sepak terajang aku..aku xde hak nak pukul atau lempang atau sepak atau apa2 aje lah..itu hak mak bapak korang..tapi aku merayu sgt2..pergila jauh bila aku marah..atau biarkan aku pergi..aku xnak tapak tgn yng besar ni melekap kat kepala sesiapa..
mesti ada yang takut nak berkawan atau nak menegur aku..huhu!! jangan takut..aku xkan mengamuk sesuka hati..setiap kali mengamuk pun mesti ada sebab yang kukuh..amukan aku berasas..x pernah sesuka hati mengamuk..
kepada org2 yang sedang sakitkan hati aku ni..stop la..dgn rasa rendah diri aku mohon tolonglah..jangan jolok sarang tebuan..aku masih bertahan..
baby~
i boleh mengamuk macam tu dgn budak no 7 tu..i bukan org yang baiikkkkkkk sepanjang tahun..i bukan terlalu sopan utk x bergaduh dgn org..
orang berbudi kita berbahasa..
baby tau i suka peribahasa ni kan??
dont be baran wit me yer syg~~ :)
ReplyDeleteu baran jeerrr i sumbat u punya mulut ngan fud i masak banyak2 tu~~ hehehe
i sayang u abang~~ muax~