ombak kasih bagai badai menggila membawa tsunami dalam hati ini..
biar acheh musnah..jgn lah tsunami ini reda..aku mahu hanyut dalam cintanya~
ada aku takut dengan kau???? aku kesah ke???!!!






Friday, August 20, 2010

Cinta Sang Puteri (BAB 1)

Bab 1



Esqandar berpeluk tubuh menikmati keindahan kilauan neon Kuala Lumpur selepas hujan. Udara sejuk yang menampar wajahnya dibiarkan meresap hingga ke tulang. Matanya dipejamkan,menghayati sepenuhnya saat-saat istimewa sebegitu yang jarang benar dapat dinikmati olehnya.


Perlahan-lahan matanya dibuka. Kali ini Esqandar mendepangkan tangannya pula. Hanya seketika, dia kembali berpeluk tubuh. Suasana tiba-tiba bertukar hening. Esqandar tersenyum di hujung bibir.


Keadaan yang sejuk dan berangin berubah hangat, malah angin pun seakan bertukar arah. Tiada lagi tarian gemalai dedaunan. Esqandar seperti tidak peduli. Dia masih kaku berdiri seperti tadi.


“ ke mana tadi?” Esqandar menoleh ke dalam rumah.


Suaranya lembut bertanya, antara dengar dengan tidak. Tanpa mendapat jawapan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Terus saja menuju ke dapur. Namun orang yang diajak berbual masih berdiam diri, malah tidak kelihatan kelibat di mana-mana.


“ bank,” akhirnya satu suara gemersik halus menjawab.


Esqandar ketawa. Terhinggut-hinggut bahunya menahan rasa lucu.


“ kenapa jawapan kita diketawakan sebegitu? Adakah terlalu lucu pada firasat anda?” ada nada rajuk pada suara halus itu.


“ tidak.tidak. Bukan niat kita mahu persendakan anda. Janganlah anda merajuk hati. Kita ketawa kerana memikirkan apa perlunya anda ke bank sedangkan anda tiada urusan langsung hendak dibuat di sana. Tiada satu urusan di dunia ini pun yang anda perlu selesaikan di bank,” terang Esqandar kepada lawan bicaranya itu. Dia melepaskan tawa yang terakhir.


“ kita cuma bersiar-siar, melihat dunia anda. Kemudian kita rasa bosan, anda sering pulang lewat jadi kita habiskan masa memerhatikan manusia menyimpan dan mengeluarkan wang,” jawab suara itu.


“ suka hati anda lah, kita mahu siapkan kerja. Erm..apa yang anda dapat di bank tadi?” Esqandar masih mahu memanjangkan perbualan. Sambil menunggu jawapan dia membuka komputer ribanya.


“ manusia di dunia tiada berwang. Lebih ramai yang mengeluarkan daripada menyimpan,” komen suara itu.


Esqandar tersenyum. Benar juga jawapan itu. Lebih ramai yang mengeluarkan duit berbanding menyimpan. Tapi itu bukan kesimpulan yang boleh dibuat dengan hanya memerhati sejam dua begitu.


“ anda tahu, ada seorang lelaki cina di bank tadi. Pakaiannya biasa saja, berseluar pendek dan hanya menyarung selipar jepun. Tetapi anda mahu tahu berapa wang dia punya?” suara itu seronok bercerita.


Kepoh juga si kecil ni, bisik hati Esqandar.


“ berapa?” Esqandar bertanya perlahan. Matanya tajam merenung skrin komputer. Hanya mulutnya digunakan untuk menjawan sekali-sekala. Jika tak dijawab takut pula si kecil merajuk atau mengamuk mengacaunya.


“ dua ratus dua puluh tujuh ribu empat ratus lima puluh satu dan lapan puluh dua sen,” jawab suara itu lengkap.


“ banyak. Kenapa anda tidak meminta sedikit daripadanya?” Esqandar berseloroh.


“ kita tidak perlukannya, kenapa kita harus meminta? Jika kita perlu pun, kita boleh usahakan sendiri.”


“ kalau begitu kata anda, anda pulanglah. Kita masih banyak kerja yang perlu diteliti.” Esqandar menoleh seraya menguntum senyum.


“ anda seringkali begini, tidak pernah mahu kita menemani anda. Kita masih mahu berbual, belum masanya kita mahu pulang.”


“ pulanglah..kenapa anda ni degil sangat? Kita kata pulang, anda pulanglah,” Esqandar sengaja meninggikan sedikit suara.


Esqandar sudah lali dengan perangai tuan empunya suara itu. Jika sudah berbual apa kerja pun Esqandar terpaksa ketepikan. Kadang-kala Esqandar menggelarnya orang tua.


Sememangnya banyak kerja pejabat yang dibawa pulang. Ada dua kes besar, satu melibatkan dadah dan yang kedua melibatkan pembunuhan. Bukan mudah kerja sebagai pendakwaraya.


“ esok anda datanglah kembali,” sambung Esqandar separuh memujuk.


“ lagipun sebentar lagi Shahrul pasti pulang,” kata Esqandar lagi.


“ kita akan datang lagi nanti. Cerita kita tentang manusia di bank tadi masih tergantung. Satu masa kita pasti akan sambung.”


“ terima kasih. Kita bukan menghalau tapi kita banyak sangat kerja. Kepala kita serabut dengan urusan kerja. Bila kita senang nanti anda datang lah ya,” Esqandar menguntum senyum.


Esqandar mengurut dada selepas permintaannya dituruti. Sekarang dia boleh berkerja dengan tenang. Pemergian suara itu dihantar dengan ekor mata. Esqandar tidak sedar sudah beberapa minit Shahrul tercegat memerhatikannya.


Tidak bergerak teman serumahnya itu walau seinci kerana pelik melihat gelagat Esqandar.


“ Esq..kau kenapa? Sakit?” Shahrul bertanya.


Esqandar tersentak. Tidak disangka Shahrul ada di rumah. Pada masa itu juga satu suara berbisik di telinganya.


Padan muka anda! Kita sengaja tidak memberitahu anda tadi. Tadi anda ketawakan kita, sekarang giliran kita pula!


Esqandar mengetap bibir menahan geram. Sudahlah diejek, telinganya pula terasa geli seperti ada yang melarikan rerambut di situ. Teruk dia menahan gelak. Apa pula kata Shahrul bila dia tiba-tiba ketawa.


Kita kerjakan anda nanti!


Bisik hati Esqandar.


“ kau kenapa?” Shahrul mengulang soal.


“ err..bila kau balik?”


“ dalam sepuluh minit. Sebab tu aku tanya kau ni kenapa? Apa yang merasuk kau malam ni? Kau bercakap dengan siapa?” berderet soalan dari Shahrul. Telan air liur Esqandar dibuatnya.


“ aku menyanyi..mana ada aku bercakap. Bukan ada sesiapa pun kat sini kan?”


Huh! Nasib baik selalu bercakap kat court. Bolehlah aku auta mamat ni. Kau tidurlah Shah, menyemak aje kat bawah ni. Omel Esqandar dalam hati.


“ aku rasa kau bercakap tadi,” Shahrul masih berdegil. Dia mula menguap.


“ takkan lah aku nak beria-ia menyanyi beb,bukannya nak masuk rancangan realiti pun,” sempat juga Esqandar berseloroh.


Shahrul terdiam, betul juga jawapan temannya ini. Takkanlah mahu beria-ia menyanyi malam-malam begini. Dengan langkah perlahan dia menaiki anak tangga satu persatu. Pelik kenapa dia rasa terlalu mengantuk sedangkan baru jam 10 malam. Esok pun hari Ahad, biasanya dia setia di depan tv menonton siaran sukan di Astro.


Malas mahu membuang masa, dibiarkan sahaja Esqandar dengan dunianya.

1 comment:

  1. kena smpuk ape mamat tue takut nyerr hahahahaha... smbung paaattt

    ReplyDelete