Dah banyak kali aku aku menaip (then aku delete)..aku taip lagi kemudian delete lagi..cuba cari mood yang paling bagus pagi ni..kalau mampu aku nak pemilik bibir yang membaca post ni akan menguntum senyum seperti biasanya dia menatap coretan hati aku yang terdahulu..
tapi nampaknya mood nak buat org lain gelak guling2 atau paling tidak pun buat dia tersenyum lebar belum lagi muncul..masih lagi dalam mood sasterawan yang payah gila nak aku kikis..lagi pulak la nak dibuang..(bak kata dia aku patut cuba tulis novel)..:)
lebih baik aku menari2 kejap..boleh lancarkan perjalanan darah..banyak darah yang dipam dr jantung ke otak lebih banyak oksigen aku dapat makanya (aishh..ada word maka pulak) akan memangkinkan lompatan impuls dari neuron ke neuron yang lain dengan kadar yang pantas dan menghantar impuls ke saraf motor dengan cepat (dalam ertikata lain otak aku jadi fresh) hahahaha...
apsal aku jadi macam ni ek? dapat wake up called dari seorang puteri tadi (ini jawapan)..hahahaha..tapi ada sekelompok kecil dalam hati aku ni yang masih lagi nak melawan..kenapa ye?? sekarang yang sedang bersoal jawab dgn golongan yg sekelompok saja ni adalah akal aku..aku ketepikan perasaan sekarang..sebab rasa mudah tergelincir dr landasan kebenaran..
apa akal aku jawab?
bunuh saja golongan ini..mereka ini racun..makhluk yang merosakkan..kalau dibiarkan ibarat dedalu yang akhirnya membunuh dalam tak sedar..
bagaimana mahu membunuh golongan egolism ini?
jawab akal:" panggil kembali perasaan kau yang telah kau tolak tadi. perasaan kadangkala buat kita kabur antara kebenaran dan kebatilan. tetapi perasaan juga lah yang dapat menentukan kehidupan kau."
gila! apa guna ada perasaan kalau semuanya disepak terajang?
akal ketawa
"kau akan menjadi semakin angkuh jika kau halau terus perasaan itu jauh2..panggil lah dia..biar aku yang bercakap dengannya."
(maaf la..watak sasterawan xdapat aku adjust pagi ni)
susahnya nak panggil balik perasaan aku tu..dengan segala tenaga yang ada aku jemput balik perasaan tu muncul. dengan segenap usaha yang aku dapat kumpulkan..dengan segala ketegangan urat saraf dalam tubuh badan aku ni..aku laung agar perasaan itu hadir.
puteri? dia adalah cabaran. dia adalah satu bentuk kuasa yang sangat berjasa.
dengan jerih perih perasaan aku datang.
"nah...kau sudah menang..lihat," akal menuding jari kepada si ego yang pucat dengan batuk2 yang panjang bersambung-sambung. nazak sangat nampaknya.
" kau bebas sekarang,wahai sahabatku hati. aku tak perlu bercakap dengan perasaan..dia akan kekal. sudah lama kau terpenjara..maka keluarlah. nikmatilah kebebasanmu. belajar berganding bahu dengan perasaan yang ada. berikan semuanya kerana kuasa yang dapat buat aku berfikir begini adalah kuasa hati cinta kasih yang ikhlas dan jujur menyintai kau."
aku terpempan..betullah kata puteri tadi. asmara itu memang istimewa..aku bertuah menemui dirinya selewat parahnya aku yang semakin tidak berasa apa..
asmara itu memberikan segalanya. asmara itu tidak wajar dipersia.
No comments:
Post a Comment