ombak kasih bagai badai menggila membawa tsunami dalam hati ini..
biar acheh musnah..jgn lah tsunami ini reda..aku mahu hanyut dalam cintanya~
ada aku takut dengan kau???? aku kesah ke???!!!






Sunday, August 15, 2010

cErMiN^AjAib

          percaya atau tidak terpulang kepada penilaian sendiri. Ada mata pandang, telinga yang ada gunakan untuk mendengar. Tenangkan diri, biar degup jantung dalam dada mengalirkan nyawa.
          Kiam..dalam keadaan diri bersunyi, biarpun di sekeliling hiruk pikuk dengan teriakan manusia, bunyi bingit hon kenderaan atau jika nasib menyebelahi hanya bunyi unggas atau keheningan malam yang menemani.
          Nun di seberang jalan sana Mata dapat melihat seorang gila sedang berbual dengan kawan khayalannya. Dengan pakaian compang-camping, seluar koyak di punggung, baju yang dahulunya bersih sudah hilang warna asalnya, entahkan putih, biru, atau kelabu. Yang jelas bajunya penuh debu, palitan gris, calitan tanah kering namun itu semua tidak menjadi daki padanya.
          Pertuturannya kurang jelas namun nampak bersemangat sehingga tersentak-sentak tubuhnya menyatakan sesuatu yang tidak dapat Mata melihat. Mungkinkah angin, tembok, atau manusia-manusia lain yang lalu-lalang di hadapannya. Mungkin hanya manusia gila itu yang dapat melihat dan merasa.
         Tangannya pantas menunjuk-nunjuk ke semua arah, ada kala tergawang-gawang di udara. Manusia gila itu tidak menghiraukan sesiapa. Dia dengan dunia yang dicipta sendiri, atau mungkin dunia itu tercipta untuknya. Dia berada di dalam sfera dunianya sendiri tanpa sedar ada mata yang meneliti, mata yang merenung juga tawa kecil manusia lain.
          Manusia gila itu asyik berbual dengan kawan khayalannya yang entahkan lelaki atau perempuan, entahkan jantan atau betina. Mata masih tidak melepas pandangan.
          Sejenak ada suara halus sayup-sayup kedengaran. Mata terpejam, cuba mendengar tetapi butiran suara itu tidak jelas di pendengarannya.
          "oh,"
Mata mengeluh. Suara itu bukan untuknya.
          " dengarkan wahai akal, apa yang dapat kau dengar. Jangan menafikan suara itu wahai saudaraku. kerana apa yang kau dengari itu mungkin bisa merawat kegilaan lalu memberi bintang kepada kewarasan," bisik suara itu lagi.
           Mata menumpang dengar. Suara itu semakin jelas sehingga bergegar kepalanya, menggeletar tubuhnya dan terseksa jiwanya.
           "Manusia gila itu adalah cermin dirimu!"
            Hati melaung. Jeritannya bergema memecah tembok keselesaan.Ada ritma yang berkecamuk di dalam dada.
            Nun jauh di dasar jiwa, ada sekumpulan aktivis yang mula melukis sepanduk ingin menentang propaganda Hati. Malah sudah ada yang ke sana ke mari berbogel tanpa apa-apa di tangan melaungkan perjuangan mereka. Mereka ingin menegakkan panji-panji prinsip dan kepercayaan.
            " Pertubuhan Egolism tidak dapat menerima sama sekali.Jangan samakan kami dengan manusia gila tersebut!" mereka melaung, menjerit, melompat dan ada juga yang semakin ganas menendang-nendang ruang kosong di hadapan.
            " kamu mahu percaya atau tidak, kebenaran tak akan boleh disangkal. manusia gila itu adalah cermin dirimu!" laung hati pula.
            Ahh! Kacau kalau dibiarkan.
            Hati tersenyum sinis. Oh..bukan hati yang berlaku sinis tetapi mereka yang sedang menaikkan sepanduk itu yang tersenyum sinis. Tetapi..bukankah mereka se per bahagian daripada Hati?
           Nah...itu lah ironinya kisah cermin ajaib ini.
           "Kami mahukan bukti! tanpa bukti kamu boleh pergi mati!"
           Pertubuhan Egolism mencabar kebenaran.
            Hati masih tenang. Mata dan akal hanya berdiam. Memberi kebebasan kepada hati untuk menjadi ketua.
           " Mata akan menjadi saksi, akal akan menjatuhkan hukuman. kalau aku salah maka matilah aku tetapi kalau aku benar, nyah kamu dari diriku!" kata Hati tegas dan yakin.
            Pertubuhan egolism berbincang sesama sendiri.
           "Kami tak takut. kami setuju!"
           Hati memberi pandangan tajam kepada Mata, mengisyaratkan sesuatu. Mata mengangguk patuh. Dikeluarkan sebuah buku dari saku bajunya. Buku yang berlipat-lipat itu dibuka menjadi sebuah buku yang tebal dan besar. Helaian demi helaian diselak sehingga dia menemui apa yang dicarinya.
           Mata berdehem keras, cuba menarik perhatian golongan Egolism yang semakin bertambah keahlian mereka mengikut masa. Suara-suara mereka semakin lantang, ada juga yang semakin ganas menegakkan perjuangan.
          Mata membungkam, ternyata suaranya tidak didengari. Terasa usahanya tidak berbaloi. Golongan Egolism semakin menguasai. Tak ubah seperti askar Jepun ingin menguasai Tanah Malayu suatu masa dahulu. Merekan menjajah dan menawan kawasan yang lebih luas. Hati semakin parah dikuasai golongan tersebut.
         Mata ingin memberitahu apa yang dilihatnya. Susah sangatkan untuk mereka memberi peluang? Sudah putus asa kah Hati untuk terus berjuang?
         Entah dari mana datangnya, atau apa yang menggerakkannya, angin yang sejak tadi seperti terhenti kini bertiup kencang. Mungkin kuasa alam yang sudah tidak tertahan dengan perilaku golongan tersebut. Angin membawa bersama awan besar yang mengandungi kuasa yang amat kuat. lalu hujan ribut melanda beserta guruh dan kita sabung-menyabung.
        Dumm!!!
        Bunyi dentuman kilat yang amat kuat mengejutkan semua termasuk Mulut yang sejak tadi diam terkunci.
       "Diam!!"
        Semua terpaku.
        " kalian semua diam!! Aku sudah tidak tertahan dengan ini semua."
        Jerit Mulut separuh kesal. Pandangannya ditala kepada semua. Kemudian terhenti. Lama mulut merenung.
        "beri peluang kepada mata, sama seperti kami memberi peluang kepada kamu untuk berjuang," kata Mulut lagi.
        Mata berterima kasih. Suara Mulut telah dapat menarik perhatian semua.
        " Aku melihat semuanya," Mata memulakan bicara.
         " Aku melihat apa yang dilakukan oleh kamu semua. Sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, dalam suasana adil atau tertindas atau sama ada menggunakan kamu, wahai sahabatku Hati atau kamu, sahabatku Akal." Mata meneruskan. Suaranya sayu.
        Kini suara Mata telah mendapat perhatian golongan Egolism. Ada antara mereka sudah mula reda dan diam mendengar.
        " Aku dapat melihat dengan jelas manusia ini tidak malu jika pakaiannya koyak atas nama fesyen terkini. Aku melihat manusia ini tidak menghiraukan pandanganku, pandangan alam mahupun pandangan Maha Pencipta. Manusia ini mencipta dunianya sendiri, sahabat khayalannya adalah keangkuhan, kesombongan dan perasan dirinya pandai yang menjadi pendorong utama. Bukankah manusia ini, iaitu tempat yang kamu semua huni tidak ubah seperti manusia gila itu?"
         Mata melepaskan keluhan pendek. Dia membuang pandang ke arah sahabat-sahabatnya di bawah. Suasana bertambah hening. Sudah ada sepanduk yang kaku di lantai.
         "Aku juga melihat manusia ini tidak terurus, tidak disukai, kotor, manusia ini tidak menerima pandangan atau nasihat, manusia ini takut untuk diselamatkan, manusia ini tidak menghiraukan manusia lain.Bukankah manusia ini seperti si gila itu?"
         Mata merenung jauh. Mereka yang lain diam membisu.
         Mereka ingin mendengar lagi tetapi Mata sudah terlalu sedih untuk meneruskan. Dengan perlahan dia menutup buku di hadapannya. Menutup kisah "Cermin Ajaib' yang merupakan sekelumit kisah-kisah yang terkandung dalam buku suci tersebut.
       Apa yang tinggal sekarang, Akal untuk menjatuhkan hukuman.

1 comment: