ombak kasih bagai badai menggila membawa tsunami dalam hati ini..
biar acheh musnah..jgn lah tsunami ini reda..aku mahu hanyut dalam cintanya~
ada aku takut dengan kau???? aku kesah ke???!!!






Sunday, August 29, 2010

10 sub-reasons~ (part 1)

sebab utama kenapa saya takkan bosan dengan asmara ialah asmara seorang tukang masak yang baik.

ini pula adalah sebab-sebab lain kenapa saya tak kan bosan dengan asmara:-

  1. seorang yang rajin memasak adalah orang yang pembersih. saya suka orang yang pembersih.sebab apa saya kata dia pembersih, seorang yang rajin memasak dengan kerelaan dia sendiri akan memastikan dapur sentiasa bersih dan berkilat. habis xkan dapur je bersih kan?? dah tentu lah setiap inci rumah pun bersih~ jadi korang kat luar tu sila cari isteri yang rajin masuk dapur (bukan nak makan je k)
  2. kalau dah pandai masak mestilah dia akan selalu masuk dapur kan? so mestilah dia seorang yang rajin kan?xkan korang nak pilih wife pemalas plak kan??sendiri mau ingat la...hahahaha!!!
  3. dah namanya pun pandai masak..tentulah aku puas hati dengan layanan dia..dengan masakan dia..aku ni kan suka makan..so? (dah boleh faham?)
  4. bukan tu saje..aku ni jenis berangin juga..yang boleh kurangkan angin aku ni adalah bila dia ajak aku makan makanan peberet aku..dia tau aku tgh panas kan? atau tgh stress so dia pun tanpa membuang masa terus berlari-lari anak ke dapur dan masak spaghetti carbonara kesukaan aku..x ke dpt selamatkan rumahtangga?
  5. baru aku sedar kat atas tu aku guna saya..ha3!!sengal.....oklah..utk sebab yang ke 5 dalam siri pertama 10 sub reasons kenapa aku xkan bosan ngan asmara adalah..kalau orang tu dah rajin memasak..orang ni jenis yang penyabar..korang ingat memasak tu boleh sesuka hati ke?? nak kene tunggu empuk la,,tunggu menggelegak lah..jadi lembut..jadi panjang..so? x ke elok sangat kalau dapat wife yang terer memasak?? sebab tu la org2 tua dulu pentingkan kriteria ni utk jadi menantu..faham??

Saturday, August 28, 2010

sebab apa i xkan bosan dengan u

mata dah mengantuk, tapi masih ada kerja yang perlu aku siapkan. dah dua hari tertangguh, ada saja masalah yang timbul. kalau bukan sebab serabut kepala memikirkan masalah yang tak pernah bernokhtah, banyak juga masa yang terbuang kerana aku melayang dengkuran. kepala yang semak dengan bermacam-macam perkara dapat juga hilang sakitnya dengan melayan tidur.

dalam keadaan mata kuyu walaupun selepas menguap panjang, telefon di sebelah berbunyi. terpapar nama 'my pwencess' di skrin telefon bimbit itu. aku segera menyambut panggilan. hati berbunga riang walau rasa kantuk telah menguasai segala urat saraf dalam tubuhku ini.

"helo."

suara di hujung talian menjawab. aku senyum senang. suara lunak manja itu begitu mendamaikan, gemersik bunyinya di pendengaranku.

"i love u sayang," kata suara itu. suara milik asmaraku.

aku ketawa. suara lunak itu juga turut tertawa. kami berbual hingga tak sedar masa berlalu pantas. akhirnya talian terpaksa diputuskan kerana masa mencemburui kemesraan aku dan asmara. kalau lah bisa aku carikan doremon dalam kisah cintaku yang satu ini, walau ke kutub utara pun aku sanggup mengheret si kucing gemuk berwarna biru itu untuk meminta pertolongan biarlah aku ada alat untuk menentukan masa. kalau doremon wujud hanya 1 yang aku minta.

Pintu Suka Hati!

mudah untuk aku dengan dia berasmara tanpa kerumitan yang melanda sekarang. alangkah bahagia. alangkah gembira. aku pasti dia juga berperasaan yang sama.

terngiang-ngiang suara asmara tadi. dengan gelak tawa manja dia bercerita. pagi ini banyak celotehnya. lebih dari hari-hari sebelumnya.

"i gila kan u sayang," asmara merengek. aku hanya tertawa.

"kenapa u ketawa? i kata i gila kan u, boleh pulak u ketawa?" asmara sudah separuh menjerit. dia geram agaknya dengan respon yang aku berikan.

"i tak gila kan u," sengaja aku mengumpan rajuknya. aku senang dengan kemanjaannya.

"apa? ooo so i aje lah yang gila kan u ye," asmara benar-benar kecil hati. aku menguntum senyum lagi.

"i takut nak jadi gila, takut u tinggalkan i bila u dah bosan nanti,"terangku.

asmara diam. aku tahu rajuknya masih tersisa. kemudian dia menyambung.

"i takkan bosan dengan u sayang."

"macam mana u boleh yakin?" sengaja aku memancing.

asmara dia lagi. tapi kemudia dia ketawa kecil.

"i takkan bosan dengan u sebab.." suara lunak itu terhenti. ingin saja aku meraung. mahu saja aku paksa dia menyambung bicara. tapi kesabaran kunci utama. buka mudah untuk kita memberitahu rahsia hati walau dengan org yang dicintai.

aku menunggu sabar.

"i takkan bosan dengan u sebabnya..u idaman i," jawab asmara yakin.

"idaman?"

"kan i dah bagitau..u tinggi, u smart, u funny," kata asmara kemudiannya.

aku senyum lebar. masakan aku tak kembang bila dipuji begitu.

"lagi?" tanyaku.

"u sejukkan makanan i dan u potong kecil-kecil food i, macam ayah buat kat i,"jawab asmara.

aku agak terkejut. tak sangka soal remeh padaku adalah sangat penting dalam hidupnya. aku terharu. ingin saja aku gunakan pintu suka hati tadi untuk menemui asmaraku ini. akan ku peluk erat dalam dakapanku.

"ada lagi?"

asmara kata tidak. tapi aku tahu masih ada yang disembunyikan.

"u pula?" asmara bertanya.

aku berfikir sejenak. sengaja membuat dia berfikir tiada yang istimewa. aku suka dia merajuk walaupun ada masa ku pujuk.

"i tak akan bosan dan tingalkan u sebab u pandai masak," jawabku ringkas.

"itu aje?"asmara bertanya lagi.

"i nak sepuluh sebab."asmara menjawab.

"dalam 1 sebab itu je ada sebab yang lain," aku cuba menyenangkan rasa ingin tahu asmara.

aku ketawa dalam hati.

asmara~

dapatkah aku memeluknya
menjadikan bintang di syurga
menjadikan warna yang bisa menjadikan indah
aku x mampu menyatakan
aku x mampu tuk meluahkan
hingga sampai saat ini
perasaan telah tertinggal~~


asmara dalam hati aku ni ibarat lirik lagu kat atas tu...tapi entahla asmara faham ke x..asmara tu bukannya faham sangat bahasa puitis macam tu..ntah siapa pulak la yang dia suruh translate nanti..hahaha!!!

asmara buat aku jadi tak tentu arah..asmara buat aku jadi kadang-kadang bukan aku..asmara juga buat aku rasa macam2 rasa..asmara buat aku senyum..buat aku bengang..buat aku ketawa dan pernah juga dia buat aku menangis..dah bertahun aku x dapat menangis..tapi asmara ini buat airmata laju menitis..

apa yang asmara buat sebenarnya?? jawapan yang boleh aku cari..entah..x ada jawapan yang specific..aku menolak asmara yang datang ini pada awalnya..sekeras-kerasnya aku menolak..aku membantah..aku tak mahu..aku buat asmara menangis..aku buat asmara tidur tak lena..aku buat asmara tertanya-tanya..tapi akhirnya asmara ini lah yang buat aku jadi bukan aku...alahai asmara~

dia (asmara ini) unik..nak kata cantik tak lah cantik sangat..hahaha..marah asmara nanti..unik dari segi layanan dan kemesraan..aku xmahu kehilangan apa yang aku ada sekarang..walaupun asmara ini buat aku jadi x keruan..buat hidup aku bertukar rentak dan rutin..tapi biarlah..kerana asmara ini suatu kelainan yang membahagiakan...

aku mahu dia menjadi asmaraku sahaja..aku mahu dia hanya menjadikan aku sebagai nadi cintanya..aku mahu hanya aku dia memberikan rasa rindu dan kasih juga sayang..tamak sangat ke aku berebutkan asmara ini dengan insan lain? atau sebenarnya aku x berebut dengan sesiapa??

asmara kata dia cemburu..asmara bilang dia cintakan aku..asmara juga kata aku idaman hatinya..skrg aku pula nak kata sesuatu..aku nak bagitau yang asmara ini lah cinta hati aku..aku nak orang tahu asmara ini milikku..aku nak orang menjauh dr asmaraku yang satu ini..gila kah aku??

aku gila kan asmara..aku butuh cinta asmara..bisa saja aku hilang semua asal bukan asmara..asmara manis..asmara jelita..asmara penuh dengan cinta..asmara mahir dalam belaian dan pujukan..asmara tahu apa yang aku suka..asmara pakar bahasa bisuku..asmara tahu apa yang perlu dan tidak perlu..asmara itu adalah asmaraku...

lirik lagu kat atas tu?? masih lagi menjadi lirik lagu cintaku..masih banyak perasaanku yang tertinggal atau tersimpan..biar segalanya mampu kuluahkan..biar aku jadikan asmara bintang bercahaya di syurga..biar dia berada dalam rangkulanku selamanya..masa itu lah semua perasaan yang tertinggal atau tersimpan ini menjadi miliknya...kerana sememangnya semua itu miliknya..

alahai cinta~

kadang-kadang aku tak faham apa makna cinta..ada masanya aku sangat faham hingga meletakkan aku seumpama pujangga cinta..tapi cinta sememangnya rumit utk ditafsirkan..bukan itu saja..cinta juga rumit untuk diterjemahkan juga dipraktiskan..

apa ada dengan cinta??

cinta itu astro..macam2 ada..hahaha..tapi macam astro juga, ada pakej dalam erti cinta..kalau kita nak dapatkan seluruh intipati cinta..ibarat astro..kena lah kita langgan semua pakej yang ada..walaupun ada macam2 yang kadang2 kita x tengok pun..tapi in the end kita x kekurangan apa2..apa je yang hati nak..just pilih..semua dah tersedia.

tapi berapa kerat sangatlah yang boleh dapat semua tu? walaupun ada duit yang banyak..yang tak ada masalah nak melanggan kesemua pakej..tapi ada pula kekurangan yang lain..kalau masa hujan atau ribut atau sekadar angin yang luarbiasa bertiup..semua jadi unavailable..

nampak x? xde kesempurnaan dalam cinta..

rumit kan? cinta itu kejujuran tapi apa yang berada di atas landasan kejujuran itu sebenarnya menyakitkan..kejujuran itu akan buat org terasa hati..akan buat buah hati menangis..atau merajuk..tp x kurang juga yang akan tersenyum..jadi itu juga adalah cinta..sakit hati, merajuk, tangisan, tawa riang..semua ini adalah cinta..

dalam tangisan ada masalah..dalam sakit hati ada tersalah kata..dalam rajuk ada ingin dipujuk dan juga kemahuan untuk memujuk..dalam ketawa ada gembira, ada kejayaan..jadi apa? mudah kan..masalah dan kejayaan juga sebahagian dr cinta..

payahnya nak bercinta..untuk bertahan tak ada lagi cara yang pasti..seperti makna cinta itu sendiri..

berani atau tidak? huramm..orang yang bercinta sangat berani sebenarnya..seperti orang yang berjudi..bukan dia tak tahu kalau bawak duit 10k pun akan habis dlm masa sejam kalau nasib malang..tapi tetap juga ambik risiko sebab mahu bawa pulang 100k..jadi? hurmm..apa lagi kalau bukan cinta itu perjudian..x kira apa yang kita sanggup perjudikan (nasib,harta, masa, tenaga) tetap juga akan ada jawapan pada akhirnya sama ada menang atau kalah..betul kan?

kalau nak berjudi bukan setakat kene berani hilang nyawa dan harta..tapi mesti bijak memilih..bijak menaruh umpan..bijak buat keputusan..haihhhh..rumitnya kan????

Wednesday, August 25, 2010

budak manja~

gaduh sebab budak manja ni..haihhh~~ manja sgt ni..
tapi takpe..dah nama pun adik mesti la manja..xkan plak dia nak manjakan aku..ataupun manjakan dia? kan?

tapi aku yakin dia pun gedik juga nak manja2 ngan budak manja tu..hahahaha!!

so jumaat ni lah..dah habis adjust la tu sebab xnak 2 org penting ni (yang sangat manja) ni muncungggggssss!!! x larat nak ambik hanger gantung kat muncungs dua2 orang nieyhhh...

dia manja..adik pun manja (walaupun manja kalau sekali ngamuk habis la)..uwaaaaaaa..camana aku nak manja ni??? selalu berebut ngan dia je..ni dah ade sorang lagi..hurmm kene ngalah la camni..(maintain kacak n macho) hahahaha!!! selalu perasan kacak je..now dah tambah perasan lagi..macho pun ade..ekekeke..persoalannya tetap sama..kacak ke? macho ke? hahaha!!

hope semua akan ok..semua akan happy..semua kalau berebut pun biarlah secara sihat..xpun kita 3 orang manja ikut turn..so adil dan saksama..hehehehe...

1st turn abg
2nd adik
3rd abg balik
4th adik
5th sis
6th abg
7th adik
8th abg
9th sis
10th adik

hahahahahahaha...........mau nanges!!!

rumah idaman kami~

korang leh jangan gelak tak kalau aku gtau aku dan dia akan bersama sampai tua..(memang la skrg pun dah tua kan) tapi tua yang aku maksudkan ni sampai gigi pun dah takde..hahahaha (imagine dia ketaq2 hidang food utk aku) aku still nak spaghetti carbonara k..boleh gitu? ekekekeke

ada 1 hari tu (dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk) dia bercerita tentang rumah idaman dia..aku susah nak cerita balik kat korang tapi bagi aku masa 7 tahun..aku jemput korang semua datang masa kenduri doa selamat (sorry no party) masuk umah baru nanti..jangan la senyum bila tengok angka 7 tu..kira oklah tu x lama sangat..rumah idaman dia (aku pun dah megidam sama) utk renovation je kalau aku budget2 la kan 300k tak kurang..so leh la korang kira sendiri berapa kos semua kan?kan kan kan? (banyak aku letak kan sbb aku betul2 nak korang iya kan) hahahaha!!!!

itu rumah idaman..belum lagi kete idaman..ada 3 bijik..murano (dia punya), bmw X6 (dia punya jugak), toyota harrier (ni aku punya) hahahaha..macam iye iye je kan aku ngan dia ni..bape bapak kaya da nak dapat semua ni dalam 7 tahun..gila x gila..rompak bank ke jual dade ni?? wakakakaka..belum lagi kete tok bibik gi pasar (beruntung sape jadi bibik aku) sape2 yg berminat leh le isi borang dr skrg~~ hahaha

belum habis lagi..korang leh terus ngutuk..takpe2..angan2 kan tak salah..korang nak kata apa pun (poyo ke) pun tak salah..rumah idaman tu atas nama dia sbb itu idaman dia pada awalnya..penthouse 3 tgkat kat bangsar atas nama aku..penthouse ni untuk masa2 nak lepak ngan kengkawan atau masa family datang..rumah (i shud call vila) idaman tu disebabkan pintu bilik bentuk 'luv' jadi agak poyo la kan nak soh family menatap kesucian dan romantiknya cinta aku ngan dia ni..hahaha..sekejap2 tu boleh la~~

baby~..i betul2 kene jadi jutawan ni. hahahhaha..(gelak memang gelak tp otak ligat ni nak pk)

mgkin boleh masuk 'jangan lupa lirik'..dapatkan sejuta pastu main saham..make sure broker bagus..so semua ni boleh jadi kenyataan~

/me diam2 pi karoke jamban tiap hari sbb nak hafal lirik lagu..

akakakaka!!!

no title~

Dah banyak kali aku aku menaip (then aku delete)..aku taip lagi kemudian delete lagi..cuba cari mood yang paling bagus pagi ni..kalau mampu aku nak pemilik bibir yang membaca post ni akan menguntum senyum seperti biasanya dia menatap coretan hati aku yang terdahulu..

tapi nampaknya mood nak buat org lain gelak guling2 atau paling tidak pun buat dia tersenyum lebar belum lagi muncul..masih lagi dalam mood sasterawan yang payah gila nak aku kikis..lagi pulak la nak dibuang..(bak kata dia aku patut cuba tulis novel)..:)

lebih baik aku menari2 kejap..boleh lancarkan perjalanan darah..banyak darah yang dipam dr jantung ke otak lebih banyak oksigen aku dapat makanya (aishh..ada word maka pulak) akan memangkinkan lompatan impuls dari neuron ke neuron yang lain dengan kadar yang pantas dan menghantar impuls ke saraf motor dengan cepat (dalam ertikata lain otak aku jadi fresh) hahahaha...

apsal aku jadi macam ni ek? dapat wake up called dari seorang puteri tadi (ini jawapan)..hahahaha..tapi ada sekelompok kecil dalam hati aku ni yang masih lagi nak melawan..kenapa ye?? sekarang yang sedang bersoal jawab dgn golongan yg sekelompok saja ni adalah akal aku..aku ketepikan perasaan sekarang..sebab rasa mudah tergelincir dr landasan kebenaran..

apa akal aku jawab?
bunuh saja golongan ini..mereka ini racun..makhluk yang merosakkan..kalau dibiarkan ibarat dedalu yang akhirnya membunuh dalam tak sedar..

bagaimana mahu membunuh golongan egolism ini?
jawab akal:" panggil kembali perasaan kau yang telah kau tolak tadi. perasaan kadangkala buat kita kabur antara kebenaran dan kebatilan. tetapi perasaan juga lah yang dapat menentukan kehidupan kau."

gila! apa guna ada perasaan kalau semuanya disepak terajang?

akal ketawa

"kau akan menjadi semakin angkuh jika kau halau terus perasaan itu jauh2..panggil lah dia..biar aku yang bercakap dengannya."

(maaf la..watak sasterawan xdapat aku adjust pagi ni)

susahnya nak panggil balik perasaan aku tu..dengan segala tenaga yang ada aku jemput balik perasaan tu muncul. dengan segenap usaha yang aku dapat kumpulkan..dengan segala ketegangan urat saraf dalam tubuh badan aku ni..aku laung agar perasaan itu hadir.

puteri? dia adalah cabaran. dia adalah satu bentuk kuasa yang sangat berjasa.

dengan jerih perih perasaan aku datang.

"nah...kau sudah menang..lihat," akal menuding jari kepada si ego yang pucat dengan batuk2 yang panjang bersambung-sambung. nazak sangat nampaknya.

" kau bebas sekarang,wahai sahabatku hati. aku tak perlu bercakap dengan perasaan..dia akan kekal. sudah lama kau terpenjara..maka keluarlah. nikmatilah kebebasanmu. belajar berganding bahu dengan perasaan yang ada. berikan semuanya kerana kuasa yang dapat buat aku berfikir begini adalah kuasa hati cinta kasih yang ikhlas dan jujur menyintai kau."

aku terpempan..betullah kata puteri tadi. asmara itu memang istimewa..aku bertuah menemui dirinya selewat parahnya aku yang semakin tidak berasa apa..

asmara itu memberikan segalanya. asmara itu tidak wajar dipersia.

Sunday, August 22, 2010

nescafe ice vs grande caramel cream frappuccino blended cream~~

perghhh!!! tengok tajuk je pun korang dah terfikir apa la yang aku nak bebelkan..senang kan nak sebut nescafe ais..kat hujung lidah je..cuba sebut grande caramel cream frappuccino blended cream..tak terbelit lidah dibuatnya??? hahahaha (mungkin aku sorang je rasa terbelit sebab ini lah kali pertama aku order ayaq kaler putih susu tu)

baby ajar aku nyebut sebelum buat order kat kaunter..rasa kelakar..mungkin kalau dengan orang lain aku rasa malu tapi dengan dia aku leh slumber je cakap yang aku x gheti nak order..aku bukan kaki lepak kat sbux atau kat mana2 tempat lepak yang dia suke minum2 or makan2 ngan geng2 BFF dia..aku ni x suka melepak pun..dok umah je~~ buat air pun takat kopi kapal api or paling hebat nescafe..hahahaha

"do u want extra cream at the top?"
budak yg ambik order tu tanya kat aku.

baby suruh aku jawab 'yes'..hahaha..and i did..aku jawab yes..aku memang takde idea la apa benda yang aku order tu..tapi tak kisah la..baby kata sedap..so aku percaya taste dia..memang sedap pun..bila dah order tu aku jadi lega hati..sebab aku dgn baby dah melepak kat sofa empuk sbux borders tu dr awal pagi sampaila berbuka puasa..siap dah ambik dekat seploh helai tisu depa..siap dah tido2 ayam kat situ..ade gak masa omg~ omg~ ngan baby lagi..so memang banyak la jasa sbux tu kan?? memang tak patut kalo aku x beli apa2 pastu blah pi makan kat tempat lain..hahahaha (korang kene ikut perangai aku ni k..ini namanya org berbudi kita berbahasa,,)

aku pun dah cerita tentang '22 hrs' kan..ingat tak aku sebut pasal baby pergi tempat tu sebab aku?.hahahaha ini la aku nak citer..lepas tgk midnite muve baby ngan aku sekali dah xde idea nak melepak mana..jadi kami pusing times square tu (pusing luar building k..dah la ikut jalan jauh) sampai la kat belakang tu ade restoren mamak..baby pilih salah 1..kesian aku tengok muka dia..1st time berjaya kuatkan semangat nak minum2 kat mamak..hahahaha.

nak dijadikan cerita..2nd order kat mamak tu baby pesan nescafe ais..(gelak dulu) cerita ni dia pun tak tau sebab aku gelak dalam hati je.. malas nak perli depan2 sbb banyak lagi citer best yang tengah kitorang borakkan..bila sampai je pesanan nescafe ais tu..dia pun capai straw n minum..

"sedapnya.." tergedik-gedik dia kata sedap.
dia sedut lagi.

"seriously sgt sedap."

aku dah gelak dalam hati..grande caramel bla bla bla tadi tu pun dia x kata seriously sgt sedap..setakat nescafe ais kat tempat yang dia xkan jejak (selain ngan aku..ntah2 dah xnak jejak pun lepas ni) dia boleh puji banyak kali..

so..nescafe menang kan?? rm1.80 boleh kalahkan rm12.60 (ntah x ingat..ala2 la)..hahahaha!!!!!

21 hours~

macam tak percaya..kalau boleh nak hentam muka kat dinding lepas tu tengok pecah ke x tulang pipi aku yang comel cam telo burung unta ni..kalau pecah tu maknanya memang betul la..kalau maintain comel je tu maknanya aku dalam mimpi..hahaha..tapi ironinya aku x berani nak hentam muka kat dinding..takut dah tak kacak lagi nanti..ekekeke..

21 jam aku dan dia, pwencess_B berdating kat times square..macam budak umur 15 tahun yang tengah bercinta dengan budak sekelas..dan baru dapat kuar dating sebab mak bapak tak ada kat rumah 2 hari..( ntah kenapa la aku bagi contoh yang tak berapa nak relevan ni) hahaha

kalau ade yang kata 'lamanya'...aku boleh senyum. langsung tak rasa masa berlalu..walaupun sekadar duduk berbual kat sbux borders sambil2 tengok orang2 kafir yang tak puasa tu menyedut air berkrim penuh kelazatan tapi tak langsung rasa ada masa terluang untuk dibazirkan..

sekejap2 kitorang ketawa..sekejap2 kitorang saling memujuk..sekejap2 2-2 dok menguap..hahaha..mana la tak menguap, malam tu langsung tak tido sebab berdating kat alam maya..lepas dating kat mirc sambung plak kat phone..lepas tu terus bersiap dating kat times square..gila tak gila la kan?? angau agaknya~~

dari pukul 10.30am 21 ogos (aku sampai kol 9.50am) hahaha sampaila ke pukul 7.30am 22 ogos..kehidupan aku dan cinta hati aku ni berkisar di kawasan times square sahaja..borders kemudian mcD then kat parking lot (jangan pk bukan2 ek..aku hisap rokok sahaja) kemudian sbux..tengok muve n last sekali kat tempat yang tak pernah baby aku tu bayangkan dia akan melepak 4-5 jam dalam hidup dia..sebenarnya utk seminit pun dia xkan dapat berdiri kat tempat macam tu..hanya kerana aku dia berubah..hahaha~~

entahlah..apa nak jadi ngan aku dan dia ni..dah macam org gila bercinta..nak kata bercinta macam uda dan dara tu x la juga..siap berpantun-pantun bersajak bagai..macam biasa aje..macam korang2 juga tapi entah la..tak pernah kering idea nak berbual..ada aje topik baru...dan kalau borak topik yang pernah keluar pun, boleh pusing lagi untuk ceriakan keadaan..korang rasa la kan, apa jadi kat aku dan dia???

apa yang jadi dalam masa 21 jam tu biarlah terpahat kukuh dalam jiwa aku dan dia sahaja..(korang xyah pk bukan2..mana leh buat apa2 pun kalo dah lepak kat soping kompleks)..hahaha..cukup la setakat aku nak gtau 1 dunia yang kami tetap ketawa sejak saat pertama berjumpa hinggalah saat terakhir dalam 21 jam tersebut..

korang x nak try pecahkan rekod kitorang ni ke??

ahakssssssssss~~

Friday, August 20, 2010

mimpi~

"baby, pls don't..i geli lah" Rayyan menggeliat kegelian digeletek kekasih hatinya yang dipanggil Baby.

Baby hanya ketawa keriangan. Hatinya gembira kerana lelaki di sebelahnya ini sudah pulang. Tak salah rasanya kalau dia ingin bermanja. Lama dia menunggu kepulangan lelaki yang menjadi cinta hatinya sejak dari bangku sekolah lagi.

Rayyan yang sedang memandu menjeling Baby melalui ekor matanya. Kadang-kala keceriaan gadis itu seakan kanak-kanak yang mendapat gula-gula.Terkinja-kinja keseronokan membuatkan naluri kejantanannya mudah lembut dengan gelak tawa manja dan menggoda. Adakalanya pula kematangan gadis manis di sebelahnya itu terserlah jika  berkaitan dengan isu-isu perhubungan dan kehidupan. 

"baby, u nak ke mana ni? penat lah berpusing-pusing macam ni," Rayyan merungut. Sungguh dia letih kerana lalulintas di Kuala Lumpur memang boleh bikin orang jadi gila.

" u ni tak sayang i ke cinta? i nak keluar dengan u..tak kisah la pusing-pusing sampai malam pun," Baby berkata seraya ketawa manja. Dilentokkan kepalanya ke bahu Rayyan, lengan lelaki kesayangannya itu dipeluk erat. Rayyan hanya mampu menggeleng kepala melihat keletah buah hatunya.

"u ni nakal," dicuit hidung Baby penuh mesra. 

"cinta, oooo cinta," Baby mula merengek.

"baby nak apa ni?" Rayyan melayan. Baby semakin erat memeluk lengan Rayyan.

Baby terdiam, ada sesuatu yang memasuki mindanya membuatkan dia terpaku. Ada riak sedih di wajahnya. Dari ekor matanya Rayyan dapat menebak sesuatu. Tetapi dia bersikap menunggu, hendak dipujuk pun kenderaan lain  berpusu-pusu memenuhi jalan raya.

Rayyan menggenggam erat tangan Baby. Dia sangat menyayangi gadis ini. Tak sanggup rasanya melihat wajah Baby yang sedih walaupun ada kemungkinan gadis itu hanya sekadar mahu menguji cintanya.

"cinta, kalau i ada penyakit kronik..apa u nak buat?"

Rayyan menguntum senyum. Sah gadis ini hanya mahu bermanja. 

"i akan jaga u, tiap malam i akan berdoa semoga sakit u tu sembuh. kalau boleh i nak sakit u tu i yang tanggung," Rayyan menjawab jujur. Jawapan dari hatinya yang tulus.

"cinta, u akan tinggalkan i tak?"soal Baby lagi. Rayyan hanya menggeleng kepala. 

"i cintakan u baby..sepenuh hati i. Hanya maut yang boleh memisahkan kita," jawab Rayyan seakan berbisik. Dia mengucup dahi Baby yang sememangnya sudah bersandar di dadanya. Baby mendongak melihat ke dalam anak mata lelaki itu mencari sebuah kejujuran dan keikhlasan.

Dumm!!

Bunyi kuat dari arah belakang Toyota Harrier yang sedang dipandu Rayyan. Jelas dapat Baby lihat air muka Rayyan berubah. Lelaki itu menjadi cemas. Baby mengangkat kepala. Di depannya kabur kerana kenderaan pacuan empat roda itu sedang bergerak ke kiri dan ke kanan dengan laju. Babymenjerit. Rayyan melepaskan stereng lalu dia memeluk kekasihnya itu. Hanya itu yang mampu difikirkan di saat-saat cemas seperti itu. Dia wajib melindungi gadis tersebut.

Perlahan...dengan sangat perlahan Baby membuka mata. Dia tak dapat mengingati apa yang berlaku. Perkara pertama yang terlintas di mindanya adalah Rayyan..mana Rayyan?? Mana Adam Rayyan?? Mana? Mana?

"cinta!" jerit Baby dalam sendu. Tangannya meraba-raba. Kedudukan kenderaan itu yang terperosok di bawah treler menyukarkan Baby bergerak.

Dia meraba lagi. Akhirnya dia dapat merasa sesuatu yang panas mengalir di tangannya. Dia tahu Rayyan sudah tersepit di bahagian bawah tempat duduk. Barulah Baby sedar tangan Rayyan masih lagi memeluknya.

"cinta."

Baby berlagu dalam tangisan hiba. Jari jemari Rayyan bergerak lemah. Tiada kesakitan yang Baby rasakan. dia masih punya tenaga. Tiada cairan merah di badannya. Tiada sebarang luka.

"baby, i ambil semuanya. i ambil kesakitan u, i ambil luka-luka u, semunya i ambil," lemah suara Rayyan.

Baby menangis, meraung menyentuh tubuh Adam Rayyan yang semakin lemah terjelepuk di bawah stereng.

"baby..i tak tinggalkan u, i sayangkan u," suara Rayyan mati di situ.

baby or makcik kiah?

hey guys..si dia ada kat depan mata aku sekarang ni..hurmm..walaupun blog ni dia juga yang akan baca tapi semua yang aku tulis ni hanya kerana dia, disebabkan dia, mengenai dia dan dalam ertikata lain segala tentang dia..ahaks..dah kembali jiwang dah~~..sorry baby, i tetap akan jadi sasterawan no matter hard i tried..huhuhuhu~

blog ni dia namakan 'kerja sekolah'..hari-hari dia paksa aku update..hahaha..sampaila sekarang ni, tengah datink korang tau x..dia tetap paksa aku buat kerja sekolah ni..comel kan dia??

'tunggu sampai pagi dengan air nescafe 1 jug'

ayat ni baru aje dia tuturkan..aku tersenyum biasa walau dalam hati bagai ada taman bunga yang tengah berkembang..harum mewangi..katanya kalau dah duduk serumah nanti bila-bila masa aku buat kerja sekolah ni atau kerja-kerja lain..dia akan temankan aku dengan air peberet aku tu..betapa terharunya aku..hanya aku dan Allah aje yang tahu..

bila aku pandang wajahnya yang tengah bersembang kosong dengan aku sekarang ni, aku masih lagi tersenyum..disebabkan aku sangat bz nak menyiapkan homework ni..dia berangan-angan nak mekapkan muka aku jadi perempuan melayu terakhir..ahaks..ada ke patut aku yang kacak ni dia nak pakaikan lipstik?? hahahaha..sekali lagi persoalan timbul..kacak ke???

aku suka bila dia tersenyum...aku suka bila dia menyentuh..aku sangat suka bila dia membelai..entahlah..segala tentangnya aku suka..dan aku jatuh hati..dan aku jatuh tersungkur..aku betul-betul tersembam jatuh..nasib baik xde taik ayam kat tempat aku tersembam tu..hahahaha!!! tapi korang nak tau apa yang ada???

aku tersembam jatuh kat permaidani cinta..lembut dan wangi..sangat selesa dan aku tak mahu bangun lagi..

entah tang mana yang aku berkenan..hahahaha!! eh! aku bukan mulut jahat ye nak mengata buah hati cinta intan payung sendiri..tapi itu hakikatnya..aku sendiri tak tau..semua aku suka..semua aku rindu..hai hati...apa dah jadi ni????

dia tengah membebel sekarang..betul2 macam mak cik kiah..hahaha..itu pun aku suka..alahai hati..apa dah jadi ni???

aku cinta aku rindu..dengan suaranya..dengan tawanya..dengan manjanya..dengan...dengan..iskk!! iskkk!!! omg~ omg~ hahahaha!!!!

dia dah tak sabar nak baca..jumpa korang lain kali ye...i love u baby!!!

Skrip Tak Bertajuk (scene 1-scene 4)

SC 1 / INT / RUMAH / PAGI


WATAK : SHAHREZAN

CU wajah Shah yang sedang tidur lena. Seketika kemudian dia kelihatan tidak selesa.

LS kelibat Shah masuk ke dalam bilik air.

CU jam loceng di tepi katil – 4 a.m


INTERCUT 1A Shah sedang membasuh tangan di sinki di dalam bilik air. Matanya tiba-tiba terbeliak luas. Dia kelihatan cemas.

CU kotoran yang melekat di jubin bilik air tersebut

CU wajah Shah yang kelam kabut

Shah segera menyarung sarung tangan dan terus membersihkan tandas- mangkuk tandas, dinding, lantai, cermin – seluruh bilik air.

INTERCUT 1B Shah memebersihkan seluruh bahagian rumah- dari ruang tamu hingga ke dapur ( penyakit OCD- Obsessive Compulsive Disorder )


INTERCUT 1C Shah siap berpakaian kerja, siap dengan tali leher, slack dan kemeja

Established bilik tidurnya yang sangat kemas dan bersih


Sfx: deringan jam loceng

CU jam loceng – 6.00 pagi

Shah bersiul riang mencapai kunci kereta lalu terus beredar keluar


CUT TO.

 
SC 2 / INT / RUMAH KAMPUNG / PAGI ( yang sama)


WATAK : EBAB, CHE MILAH, PAK PI’E



Ebab terbongkok-bongkok mengemas sekitar ruang tamu. Tangannya memegang penyapu lidi sebesar satu genggaman.

CU wajah Che Milah yang kehairanan memandang Ebab dari muka pintu biliknya.


CHE MILAH

Apa yang kau buat tu, Bab? Kau sedar tak pukul berapa sekarang ni?

(melangkah malas ke kusyen lalu melabuhkan punggung sambil memerhatikan Ebab)


EBAB

Mengemas rumah lah ,mak. Sakit mata tengok bersepah-sepah macam ni.


CHE MILAH

(naik angin) kalau ye pun kau rajin sangat nak mengemas tunggulah sampai matahari terbit dulu Bab. Ini mak nak tidur pun tak boleh. Yang kau ni tak tidur ke?

CU jam di dinding- 5.00 pagi


EBAB

Tidur..tapi tadi bangun minum air. Emak lah tinggalkan dapur tu bersepah malam tadi.


CHE MILAH

Jadi kau ni tadi mengemas dapur la ye? Masya Allah apa kena dengan anak aku ni?

Kau kena buatan orang ke Bab?


EBAB

Ish ! Mak ni. Ke situ pula. Bukannya Ebab terjerit-jerit bogel keliling kampung. (tersengih nakal)

CHE MILAH


Seumur hidup mak tak pernah lagi mak jumpa orang yang berpenyakit macam kau ni. Sekarang ni waktu tidur, bukannya mengemas rumah. Subuh pun tak masuk lagi.

(Che Milah bingkas bangun dari kusyen. Melangkah menuju ke dapur.)

EBAB

Mak nak ke mana?


CHE MILAH

Dah merajuk mata aku ni. Aku nak buat lepat. Kau kalau dah sudah tolong mak kat dapur..


CUT TO

 
 
SC 3 / INT / RUMAH KAMPUNG / PAGI


WATAK : PAK PI’E, CHE MILAH


CU Pak Pi’e sedang duduk di meja makan. Terhidang di hadapannya sepinggan kuih lepat. LS Che Milah yang sedang membancuh kopi.


CHE MILAH

Saya ni risau tengok si Ebab tu bang. (mengeluh)


PAK PI’E

Apa yang awak nak risaukan Milah.Dah elok la budak tu rajin mengemas. Tak macam anak orang lain.. tu anak si Sahak tu langsung liat nak pegang penyapu.

CHE MILAH

Eh abang ni..bergosip mengalahkan saya pulak. Si Ebab tu rajin pegang penyapu aje, pegang senduk bukannya dia mau. Buat lepat ni ha, saya seorang yang kerjakan. Boleh dia tidur aje.


PAK PI’E

Ebabnya mana?


CHE MILAH

Pagi lagi dia dah ke kedainya tu. Awak tolong lah tanyakan Pak Tua bang manalah tahu anak kita tu kena buatan orang. Saya ni risau tengok perangainya tu. Sikit-sikit mengelap habuk. Sampai ke celah-celah almari tu dia mengelap. Pantang nampak habuk.


CU wajah Che Milah yang kerisauan. Pak Pi’e sekadar mengangguk kepala sambil mengunyah lepat.

CUT TO

 
 
SC 4 / INT / RUANG PEJABAT / TENGAHARI


WATAK : SHAH, HAIRIE


Established bilik pejabat Shah yang cantik, kemas dan tersusun. Shah sedang tekun meneliti fail – fail di atas meja.

Sfx : pintu diketuk perlahan

Hairie melangkah masuk sambil tersenyum.


SHAH

Masuk (mendongak)

(kemudian menyambung) Hairie... duduklah


HAIRIE

Lunch? Aku belanja ( menarik kerusi di hadapan Shah)


SHAH

(ketawa kecil) kau kena loteri ke? Pemurah sangat hari ni

HAIRIE

Orang lama kata musuh dan malas jangan dicari, kawan. Tapi rezeki jangan sesekali ditolak. Rezeki mahal nanti. Jomlah..aku dah lapar ni

SHAH

(bingkas bangun) orang dah pelawa tak elok kalau ditolak, tak gitu?

HAIRIE

Hah! macam tu lah


Hairie bangun seraya menolak sedikit kerusi yang didudukinya lalu menuju ke pintu.

Shah yang sudah membuka pintu untuk Hairie terpandang kedudukan kerusi itu yang tidak selari dengan kerusi di sebelahnya.

Shah kembali ke mejanya lalu membetulkan kedudukan kerusi yang diduduki Hairie tadi selari dengan kerusi yang satu lagi.

Kemudian dia terperasan kedudukan fail di atas meja yang senget. Dia membetulkan kedudukan fail tersebut.

CU wajah Hairie yang menggeleng-gelengkan kepala.

Setelah berpuas hati dengan keadaan biliknya, barulah Shah menuju ke pintu.


SHAH

Settle..(menepuk bahu Hairie)

jom!!



CUT TO

Cinta Sang Puteri (BAB 1)

Bab 1



Esqandar berpeluk tubuh menikmati keindahan kilauan neon Kuala Lumpur selepas hujan. Udara sejuk yang menampar wajahnya dibiarkan meresap hingga ke tulang. Matanya dipejamkan,menghayati sepenuhnya saat-saat istimewa sebegitu yang jarang benar dapat dinikmati olehnya.


Perlahan-lahan matanya dibuka. Kali ini Esqandar mendepangkan tangannya pula. Hanya seketika, dia kembali berpeluk tubuh. Suasana tiba-tiba bertukar hening. Esqandar tersenyum di hujung bibir.


Keadaan yang sejuk dan berangin berubah hangat, malah angin pun seakan bertukar arah. Tiada lagi tarian gemalai dedaunan. Esqandar seperti tidak peduli. Dia masih kaku berdiri seperti tadi.


“ ke mana tadi?” Esqandar menoleh ke dalam rumah.


Suaranya lembut bertanya, antara dengar dengan tidak. Tanpa mendapat jawapan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Terus saja menuju ke dapur. Namun orang yang diajak berbual masih berdiam diri, malah tidak kelihatan kelibat di mana-mana.


“ bank,” akhirnya satu suara gemersik halus menjawab.


Esqandar ketawa. Terhinggut-hinggut bahunya menahan rasa lucu.


“ kenapa jawapan kita diketawakan sebegitu? Adakah terlalu lucu pada firasat anda?” ada nada rajuk pada suara halus itu.


“ tidak.tidak. Bukan niat kita mahu persendakan anda. Janganlah anda merajuk hati. Kita ketawa kerana memikirkan apa perlunya anda ke bank sedangkan anda tiada urusan langsung hendak dibuat di sana. Tiada satu urusan di dunia ini pun yang anda perlu selesaikan di bank,” terang Esqandar kepada lawan bicaranya itu. Dia melepaskan tawa yang terakhir.


“ kita cuma bersiar-siar, melihat dunia anda. Kemudian kita rasa bosan, anda sering pulang lewat jadi kita habiskan masa memerhatikan manusia menyimpan dan mengeluarkan wang,” jawab suara itu.


“ suka hati anda lah, kita mahu siapkan kerja. Erm..apa yang anda dapat di bank tadi?” Esqandar masih mahu memanjangkan perbualan. Sambil menunggu jawapan dia membuka komputer ribanya.


“ manusia di dunia tiada berwang. Lebih ramai yang mengeluarkan daripada menyimpan,” komen suara itu.


Esqandar tersenyum. Benar juga jawapan itu. Lebih ramai yang mengeluarkan duit berbanding menyimpan. Tapi itu bukan kesimpulan yang boleh dibuat dengan hanya memerhati sejam dua begitu.


“ anda tahu, ada seorang lelaki cina di bank tadi. Pakaiannya biasa saja, berseluar pendek dan hanya menyarung selipar jepun. Tetapi anda mahu tahu berapa wang dia punya?” suara itu seronok bercerita.


Kepoh juga si kecil ni, bisik hati Esqandar.


“ berapa?” Esqandar bertanya perlahan. Matanya tajam merenung skrin komputer. Hanya mulutnya digunakan untuk menjawan sekali-sekala. Jika tak dijawab takut pula si kecil merajuk atau mengamuk mengacaunya.


“ dua ratus dua puluh tujuh ribu empat ratus lima puluh satu dan lapan puluh dua sen,” jawab suara itu lengkap.


“ banyak. Kenapa anda tidak meminta sedikit daripadanya?” Esqandar berseloroh.


“ kita tidak perlukannya, kenapa kita harus meminta? Jika kita perlu pun, kita boleh usahakan sendiri.”


“ kalau begitu kata anda, anda pulanglah. Kita masih banyak kerja yang perlu diteliti.” Esqandar menoleh seraya menguntum senyum.


“ anda seringkali begini, tidak pernah mahu kita menemani anda. Kita masih mahu berbual, belum masanya kita mahu pulang.”


“ pulanglah..kenapa anda ni degil sangat? Kita kata pulang, anda pulanglah,” Esqandar sengaja meninggikan sedikit suara.


Esqandar sudah lali dengan perangai tuan empunya suara itu. Jika sudah berbual apa kerja pun Esqandar terpaksa ketepikan. Kadang-kala Esqandar menggelarnya orang tua.


Sememangnya banyak kerja pejabat yang dibawa pulang. Ada dua kes besar, satu melibatkan dadah dan yang kedua melibatkan pembunuhan. Bukan mudah kerja sebagai pendakwaraya.


“ esok anda datanglah kembali,” sambung Esqandar separuh memujuk.


“ lagipun sebentar lagi Shahrul pasti pulang,” kata Esqandar lagi.


“ kita akan datang lagi nanti. Cerita kita tentang manusia di bank tadi masih tergantung. Satu masa kita pasti akan sambung.”


“ terima kasih. Kita bukan menghalau tapi kita banyak sangat kerja. Kepala kita serabut dengan urusan kerja. Bila kita senang nanti anda datang lah ya,” Esqandar menguntum senyum.


Esqandar mengurut dada selepas permintaannya dituruti. Sekarang dia boleh berkerja dengan tenang. Pemergian suara itu dihantar dengan ekor mata. Esqandar tidak sedar sudah beberapa minit Shahrul tercegat memerhatikannya.


Tidak bergerak teman serumahnya itu walau seinci kerana pelik melihat gelagat Esqandar.


“ Esq..kau kenapa? Sakit?” Shahrul bertanya.


Esqandar tersentak. Tidak disangka Shahrul ada di rumah. Pada masa itu juga satu suara berbisik di telinganya.


Padan muka anda! Kita sengaja tidak memberitahu anda tadi. Tadi anda ketawakan kita, sekarang giliran kita pula!


Esqandar mengetap bibir menahan geram. Sudahlah diejek, telinganya pula terasa geli seperti ada yang melarikan rerambut di situ. Teruk dia menahan gelak. Apa pula kata Shahrul bila dia tiba-tiba ketawa.


Kita kerjakan anda nanti!


Bisik hati Esqandar.


“ kau kenapa?” Shahrul mengulang soal.


“ err..bila kau balik?”


“ dalam sepuluh minit. Sebab tu aku tanya kau ni kenapa? Apa yang merasuk kau malam ni? Kau bercakap dengan siapa?” berderet soalan dari Shahrul. Telan air liur Esqandar dibuatnya.


“ aku menyanyi..mana ada aku bercakap. Bukan ada sesiapa pun kat sini kan?”


Huh! Nasib baik selalu bercakap kat court. Bolehlah aku auta mamat ni. Kau tidurlah Shah, menyemak aje kat bawah ni. Omel Esqandar dalam hati.


“ aku rasa kau bercakap tadi,” Shahrul masih berdegil. Dia mula menguap.


“ takkan lah aku nak beria-ia menyanyi beb,bukannya nak masuk rancangan realiti pun,” sempat juga Esqandar berseloroh.


Shahrul terdiam, betul juga jawapan temannya ini. Takkanlah mahu beria-ia menyanyi malam-malam begini. Dengan langkah perlahan dia menaiki anak tangga satu persatu. Pelik kenapa dia rasa terlalu mengantuk sedangkan baru jam 10 malam. Esok pun hari Ahad, biasanya dia setia di depan tv menonton siaran sukan di Astro.


Malas mahu membuang masa, dibiarkan sahaja Esqandar dengan dunianya.

Thursday, August 19, 2010

d-day~~

WHEN THE DAY COMES
I'LL BE URS FOREVER~~

to my luv..
the day will come eventually..i love u

i love u from the first till end..i knowing u cinta~~
i'm badly wanna stay with u~~

those statements are coming from my luv..
hun~
i feel what u felt dear..

/me sayu

pipit nak belajar terbang~

hurmphhh..aku tak tahu lah macam mana nak luahkan semua isi hati ni...kalau la semua ni semudah menyebut 1, 2 ,3...dah lama serabut dalam kepala ni hilang lenyap macam tu saje..

aku selalu komen bila tengok drama kat tv ke tak kisahla cerita hindi ke tamil ke melayu ke omputeh ke chinese ke (bape banyak ke la)..bila ada bab kasta atau perbezaan taraf sosial atau yang miskin dapat awek kaya..

"apa la susah sangat..kalau dah sayang apa pun boleh"

ini lah komen yang aku selalu bebel dalam hati..macam tak puas hati nak ajak bergaduh pun ada..seolah-olah kalau aku dapat jumpa hero tu, dah lama aku bebel kat telinga dia..bagi ceramah kesedaran sivik yang pompuan tu sayangkan dia..nak kasih syg aje bukan harta..apsal la ko tak paham2??? (ayat last tu aku nak jerit sambil sekeh2 kepala dia)

tapi sekarang ni..aku ni macam pipit..kene belajar terbang tinggi..biar boleh seiring dengan si enggang..enggang ni bukan la enggang gagah sgt..tapi apapun dia tetap enggang..haihh..kene minum susu weight gain agaknya ni..hahahaha (perasan x cukup besar lagi diri ni)

harta tu penting babe..kalau xde harta camana nak hidup?? mmgla ulat dalam batu pun leh hidup..tapi itu ulat, dah memang ulat batu yang hidup dalam batu..cuba bawak ulat tu masuk dalam air..tengok leh hidup ke x?? hahaha..

aku serabut la korang~~ bila masalah ni nak habis?? bila beban yang aku pikul ni nak surut?? aku serabut sangat..hurmm..memangla aku dapat tanggung lagi ( sbb Allah uji setakat kemampuan aku saje) tapi sampai bila..kalau dia bosan sbb aku ni pipit yang cacat sayap macam mana??

wonderpet!!! tolong la aku..korang kan kecik je macam aku..mesti leh tolong..
(terdengar dari kejauhan muzik berkumandang)

wonderpet wonderpet kami datang~
menyelamatkan pipit yang kesusahan~`
kami x besar dan kami x kuat
bila bekerjasama semua pasti mudahhh~~

cis!

huu huuuu huuuuuuuuu~~

'jangan ngada awak'

 setiap kali aku huu huuu huuuuu dia akan cakap camtu (lebih kurang la kan..dia bukan robot nak cakap ayat yg sama)..tapi dia faham apa yang aku nak..tak yah cakap banyak..huu huuu huuuu je pun dah leh buat dia:

kadang2 muncung
kadang2 senyum
kadang2 tutup muka
kadang2 hentak hentak kaki
kadang2 omg~ omg~

hahaha..xpayah ayat2 romantik..huuu huuuu huuuuuuu je pun dah cukup..(power betul jampi si kacak ni) wakaka..sekali lagi nak tanya..kacak ke? adeyhhh

luv..tolong jawabkan~~plishhhhhhhhhh~~~

wink2 kat luv..sengeh2 macam badak pink jumpa air..pastu buat bunyik..huuu huuuuu huuuuuuuu~

3 itu cinta~~

ada orang bagitau kat aku dia suka no 3..(orang tu cinta hati aku la)..aku janji nak bagitau makna no 3 tu dalam blog..so dia boleh baca over n over again sampai dia dah x nak baca lagi atau dah ada law dalam malaysia ni diharamkan baca blog..hahaha..

luv..makna no 3 adalah cinta..isk..related dengan banyak perkara kan?? kalau luv aku ni xpernah panggil orang lain cinta..memang sangat bermakna la post aku yang 1 ni..sebab aku ni cinta dia..dan aku yang bagitau apa makna no peberet dia tu..tol x korang? (sapelah korang yg aku tanya ni)

3= cinta
3= i love u
3= u love me
3=u love me
3=luv loves cinta
3=cinta loves luv

so..
dengan rasminya aku tak benarkan my luv panggil sesiapa pun cinta..even kucing dia yang nama jenggo tu atau badak pink atau gajah pink atau apa2 saja yang kaler pink dalam hidup dia..juga tak dibenarkan sesiapapun yang ada kaitan atau x berkaitan antara hidup dan mati dipanggil cinta..korang faham x?? (apa kene mengena dengan korang kan?)

hahahaa..ingat tu luv~~

omg~~

omg~~
hahaha..kenapa plak aku leh ketawa dengan 3 huruf ni???
hurmm..tapi setiap kali teringat atau terdengar atau aku sendiri menyebutnya memang akan rasa nak guling ketawa..(melampau la plak kan sampai nak teguling-guling)
hahahaha...
see..aku gelak lagi..dah macam syok sendiri plak..

Grrr~~
geram dgn 3 huruf ni..sesak nafas pun ada..rasa macam ada seketul badak pink dok terkinja-kinja atas dada aku yang kacak ni..wakakaka..(ada ke manusia gelak wakaka macam aku ni ek) satu lagi soalan yang muncul..kacak ke? hahaha..cuba tanya kat luv aku..:)

luv..
Ah..Urmm..dia mesti tengah tersenyum sambil muncung-muncung..agaknya dia terfikir apalah yang jadi kat aku sekarang ni..untuk pengetahuan sesiapa yang membaca blog aku ni (yang aku tau ade sorang je), aku ni sebenrnya tgh susah hati fikir macam mana nak guna funky words yang aku sendiri jarang guna..

"janganla jadi sasterawan sgt dear"

ini lah pesanan my luv..so ini lah best shot buat masa ni yang aku boleh ilhamkan..(see..ayat dah nak jadi skema balik) hahahaha...

OMG~~
dia mesti tahu apa maknanya..banyak citer dlm 'omg' ni..ada citer seram..citer cinta..citer tntg stress..citer geli-geli pun ada..kan luv kan..hahaha..mesti u ingat..malas la i nak announce kat sini evendo u je yang baca..

jumpa next page my luv..dada~~

Sunday, August 15, 2010

cErMiN^AjAib

          percaya atau tidak terpulang kepada penilaian sendiri. Ada mata pandang, telinga yang ada gunakan untuk mendengar. Tenangkan diri, biar degup jantung dalam dada mengalirkan nyawa.
          Kiam..dalam keadaan diri bersunyi, biarpun di sekeliling hiruk pikuk dengan teriakan manusia, bunyi bingit hon kenderaan atau jika nasib menyebelahi hanya bunyi unggas atau keheningan malam yang menemani.
          Nun di seberang jalan sana Mata dapat melihat seorang gila sedang berbual dengan kawan khayalannya. Dengan pakaian compang-camping, seluar koyak di punggung, baju yang dahulunya bersih sudah hilang warna asalnya, entahkan putih, biru, atau kelabu. Yang jelas bajunya penuh debu, palitan gris, calitan tanah kering namun itu semua tidak menjadi daki padanya.
          Pertuturannya kurang jelas namun nampak bersemangat sehingga tersentak-sentak tubuhnya menyatakan sesuatu yang tidak dapat Mata melihat. Mungkinkah angin, tembok, atau manusia-manusia lain yang lalu-lalang di hadapannya. Mungkin hanya manusia gila itu yang dapat melihat dan merasa.
         Tangannya pantas menunjuk-nunjuk ke semua arah, ada kala tergawang-gawang di udara. Manusia gila itu tidak menghiraukan sesiapa. Dia dengan dunia yang dicipta sendiri, atau mungkin dunia itu tercipta untuknya. Dia berada di dalam sfera dunianya sendiri tanpa sedar ada mata yang meneliti, mata yang merenung juga tawa kecil manusia lain.
          Manusia gila itu asyik berbual dengan kawan khayalannya yang entahkan lelaki atau perempuan, entahkan jantan atau betina. Mata masih tidak melepas pandangan.
          Sejenak ada suara halus sayup-sayup kedengaran. Mata terpejam, cuba mendengar tetapi butiran suara itu tidak jelas di pendengarannya.
          "oh,"
Mata mengeluh. Suara itu bukan untuknya.
          " dengarkan wahai akal, apa yang dapat kau dengar. Jangan menafikan suara itu wahai saudaraku. kerana apa yang kau dengari itu mungkin bisa merawat kegilaan lalu memberi bintang kepada kewarasan," bisik suara itu lagi.
           Mata menumpang dengar. Suara itu semakin jelas sehingga bergegar kepalanya, menggeletar tubuhnya dan terseksa jiwanya.
           "Manusia gila itu adalah cermin dirimu!"
            Hati melaung. Jeritannya bergema memecah tembok keselesaan.Ada ritma yang berkecamuk di dalam dada.
            Nun jauh di dasar jiwa, ada sekumpulan aktivis yang mula melukis sepanduk ingin menentang propaganda Hati. Malah sudah ada yang ke sana ke mari berbogel tanpa apa-apa di tangan melaungkan perjuangan mereka. Mereka ingin menegakkan panji-panji prinsip dan kepercayaan.
            " Pertubuhan Egolism tidak dapat menerima sama sekali.Jangan samakan kami dengan manusia gila tersebut!" mereka melaung, menjerit, melompat dan ada juga yang semakin ganas menendang-nendang ruang kosong di hadapan.
            " kamu mahu percaya atau tidak, kebenaran tak akan boleh disangkal. manusia gila itu adalah cermin dirimu!" laung hati pula.
            Ahh! Kacau kalau dibiarkan.
            Hati tersenyum sinis. Oh..bukan hati yang berlaku sinis tetapi mereka yang sedang menaikkan sepanduk itu yang tersenyum sinis. Tetapi..bukankah mereka se per bahagian daripada Hati?
           Nah...itu lah ironinya kisah cermin ajaib ini.
           "Kami mahukan bukti! tanpa bukti kamu boleh pergi mati!"
           Pertubuhan Egolism mencabar kebenaran.
            Hati masih tenang. Mata dan akal hanya berdiam. Memberi kebebasan kepada hati untuk menjadi ketua.
           " Mata akan menjadi saksi, akal akan menjatuhkan hukuman. kalau aku salah maka matilah aku tetapi kalau aku benar, nyah kamu dari diriku!" kata Hati tegas dan yakin.
            Pertubuhan egolism berbincang sesama sendiri.
           "Kami tak takut. kami setuju!"
           Hati memberi pandangan tajam kepada Mata, mengisyaratkan sesuatu. Mata mengangguk patuh. Dikeluarkan sebuah buku dari saku bajunya. Buku yang berlipat-lipat itu dibuka menjadi sebuah buku yang tebal dan besar. Helaian demi helaian diselak sehingga dia menemui apa yang dicarinya.
           Mata berdehem keras, cuba menarik perhatian golongan Egolism yang semakin bertambah keahlian mereka mengikut masa. Suara-suara mereka semakin lantang, ada juga yang semakin ganas menegakkan perjuangan.
          Mata membungkam, ternyata suaranya tidak didengari. Terasa usahanya tidak berbaloi. Golongan Egolism semakin menguasai. Tak ubah seperti askar Jepun ingin menguasai Tanah Malayu suatu masa dahulu. Merekan menjajah dan menawan kawasan yang lebih luas. Hati semakin parah dikuasai golongan tersebut.
         Mata ingin memberitahu apa yang dilihatnya. Susah sangatkan untuk mereka memberi peluang? Sudah putus asa kah Hati untuk terus berjuang?
         Entah dari mana datangnya, atau apa yang menggerakkannya, angin yang sejak tadi seperti terhenti kini bertiup kencang. Mungkin kuasa alam yang sudah tidak tertahan dengan perilaku golongan tersebut. Angin membawa bersama awan besar yang mengandungi kuasa yang amat kuat. lalu hujan ribut melanda beserta guruh dan kita sabung-menyabung.
        Dumm!!!
        Bunyi dentuman kilat yang amat kuat mengejutkan semua termasuk Mulut yang sejak tadi diam terkunci.
       "Diam!!"
        Semua terpaku.
        " kalian semua diam!! Aku sudah tidak tertahan dengan ini semua."
        Jerit Mulut separuh kesal. Pandangannya ditala kepada semua. Kemudian terhenti. Lama mulut merenung.
        "beri peluang kepada mata, sama seperti kami memberi peluang kepada kamu untuk berjuang," kata Mulut lagi.
        Mata berterima kasih. Suara Mulut telah dapat menarik perhatian semua.
        " Aku melihat semuanya," Mata memulakan bicara.
         " Aku melihat apa yang dilakukan oleh kamu semua. Sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, dalam suasana adil atau tertindas atau sama ada menggunakan kamu, wahai sahabatku Hati atau kamu, sahabatku Akal." Mata meneruskan. Suaranya sayu.
        Kini suara Mata telah mendapat perhatian golongan Egolism. Ada antara mereka sudah mula reda dan diam mendengar.
        " Aku dapat melihat dengan jelas manusia ini tidak malu jika pakaiannya koyak atas nama fesyen terkini. Aku melihat manusia ini tidak menghiraukan pandanganku, pandangan alam mahupun pandangan Maha Pencipta. Manusia ini mencipta dunianya sendiri, sahabat khayalannya adalah keangkuhan, kesombongan dan perasan dirinya pandai yang menjadi pendorong utama. Bukankah manusia ini, iaitu tempat yang kamu semua huni tidak ubah seperti manusia gila itu?"
         Mata melepaskan keluhan pendek. Dia membuang pandang ke arah sahabat-sahabatnya di bawah. Suasana bertambah hening. Sudah ada sepanduk yang kaku di lantai.
         "Aku juga melihat manusia ini tidak terurus, tidak disukai, kotor, manusia ini tidak menerima pandangan atau nasihat, manusia ini takut untuk diselamatkan, manusia ini tidak menghiraukan manusia lain.Bukankah manusia ini seperti si gila itu?"
         Mata merenung jauh. Mereka yang lain diam membisu.
         Mereka ingin mendengar lagi tetapi Mata sudah terlalu sedih untuk meneruskan. Dengan perlahan dia menutup buku di hadapannya. Menutup kisah "Cermin Ajaib' yang merupakan sekelumit kisah-kisah yang terkandung dalam buku suci tersebut.
       Apa yang tinggal sekarang, Akal untuk menjatuhkan hukuman.